REMAJA TAWAU KE PENTAS FESTIVAL DRUM ANTARABANGSA INDONESIA MINGGU DEPAN.

 

Namanya sudah tidak asing lagi di Sabah. Seorang anak remaja yang baru sahaja selesai menduduki peperiksaan SPM ini, kini berada di Jakarta Indonesia untuk menajamkan lagi teknik bermain drumnya di sebuah sekolah iaitu ENO DRUM SCHOOL. Selain itu juga, Aiman sempat menjalankan latihan intensif drum dengan beberapa pemain drum ternama di kota Jakarta. Ianya bertujuan untuk mempersiapkan dirinya dalam Indonesia Drum & Perkusi Festival.

Indonesia Drum Perkusi festival  2017

Difahamkan bahawa tahun ini Aiman tidak bertanding. Tetapi dia tampil membuat persembahan bagi mewakili sekolah muziknya iaitu  ENO DRUM SCHOOL. Manakala dia jadualkan terbang ke Jakarta Indonesia pada tanggal 25 mac ini. Disebabkan sebelum tu dia di jemput  untuk menjadi sessionist  kepada sebuah band metal di kuala Lumpur pada tanggal 24 mac ini (Metalcore Showcase 2018 GIG) .

Semoga Aiman dapat melebarkan lagi bakatnya di seluruuh Indonesia dan mampu membawa nama Sabah, khususnya daerah kelahirannya iaitu Tawau.

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial