REVERBNATION DAPAT JEMPUTAN KE FESTIVAL MUZIK DI INDONESIA

REVERBNATION yang sudah tidak asing lagi di daerah Tawau adalah sebuah kumpulan muzik yang di anggotai oleh pelajar pelajar sekolah. Dua diantaranya adalah adik beradik iaitu Aiman (baju putih bertopi) dan Boboi (baju hitam). Mereka ini antara remaja Tawau yang telah mencipta nama di negara seberang. Bila mana Aiman pernah di nobatkan sebagai Juara Indonesia Drum festival baru baru ini. Sejak itu, bakat mereka sudah menjadi bualan warga di seberang.bakat seni anak Malaysia, khususnya Tawau sudah menjadi sasaran pihak penganjur aktiviti muzik dari negara seberang. Lagipun, jarak daerah Tawau dari Indonesia tidak lah bergitu jauh.

Reverbnation bakal naik ke pentas FESTIVAL PERBATASAN 2017 pada malam ini. Difahamkan, malam ini mereka akan membuat persembahan di hadapan ribuan warga Nunukan yang hadir ke festival tahunan tersebut. Semoga anak anak remaja dari Tawau ini akan terus mencipta nama di pentas diseberang sana.

 

 

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial