REVOLUSI MAYA TAMPIL DENGAN LAGU KEMATIAN

Bersama Melalui Masa adalah sebuah lagu yang menceritakan tentang kematian dan kesannya kepada yang masih hidup… Lagu terbaru yang akan dirilis secara officialnya menerusi youtube channel REVOLUSI MAYA. Muzik video ini

memaparkan kisah saat bahagia suami isteri sehingga salah satunya pergi menghadap Illahi.

Revolusi Maya telah ditubuhkan pada tahun 2008 hasil kolaborasi antara vokalis, Firdaus Zanudin (Penulis lirik & Komposer) dan Gitaris, Faris Razali (Gubahan Lagu) dimana influence rock kapak Firdaus dan Progressive Metal Faris digabungkan dan beberapa lagu telah dihasilkan.
Penampilan Revolusi Maya di pertandingan Soundstage 2018 oleh ROTTW telah memperkenalkan tiga lagi ahli tetap iaitu Umar sebagai Drummer, Fiffy sebagai Keyboardist dan Megat sebagai Bassist. Pada tahun 2020, Bersama Melalui Masa telah dicipta oleh Firdaus dan pada waktu itu Revolusi Maya telah berkolaborasi dengan Feisal Kassim (Producer & Komposer) sebagai penggubah muzik utama.

Vocals: Firdaus Zanudin
Guitars: Faris Razali
Bass: Megat Yaesree
Keyboards: Fiffy
Drums: Umar Sulaiman

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial