RIOT IN ASIA DI PENTAS GIGABLAST #3
Kejayaan gig ini amat ketara dimana pada 30 April ini, edisi ke 3 akan dilangsungkan di Vintage bar, Papar. Pada mulanya, gig ini hanya sekadar percubaan dan suka suka. namun kini tidak lagi. Ianya sudah di nanti oleh mana mana band underground yang ingin merasai feel sebenar GIG A BLAST.
Antara yang bakal memecahkan kebingitan suasana GIGABLAST #3 kali ini adalah …
BOIL, MELODYCHAIN, SEVERED, THE JETROES, GUTEATERS, MUNTAH DARAH, CONDAME THE CORRIPTER, OUTFALL & SPINNING TOXID.
![]() |
RIOT IN ASIA |
Agak terkejut juga bila mana terlihat nama R.I.A tersenarai di dalam flyers tersebut. Hampir 2 tahun kumpulan ini sepi tanpa berita. Hanya kelihatan ahli kumpulan dengan band baru, Tiba tiba nama RIOT IN ASIA tertera di flyers GIGABLAST #3. Umpama mimpi di siang hari, namun ianya akan jadi rialiti. Ini pasti menjanjikan satu pertembungan hebat band band lama di 1 pentas yang sama
Kepada peminat arena GIG underground, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan GIGABLAST #3 yang akan berlangsung pada 30 April ini di Papar. Maklumat lanjut, boleh follow FB page GIGABLAST atau call nombor yang tertera di flyers.
GIGABLAST #3 official event page