RM10,000 TUNAI MENANTI ANDA DI TUARAN BULAN INI

Daerah Tuaran merupakan antara daerah yang melahirkan ramai bakat bakat hebat dalam arena muzik. Tidak dinafikan Tuaran terkenal dengan kehebatan band band underground serta pejuang pentas battle of the band sejak dulu lagi.

Pada 24 Mac ini, buat julung kalinya TUARAN menganjurkan satu pertandingan KUGIRAN atau BATTLE OF THE BAND. Yang mana hadiah secara keseluruhan bernilai RM10,000. Yuran penyertaan bagi sebuah kumpulan hanya RM100. Kepada yang berminat, sila hubungi nama nama yang tertera dengan kadar segera.

Apa yang menerujakan dalam pertandingan ini, penampilan istimewa sebuah kumpulan muzik Rock 80an iaitu BLUE JEANS bakal memeriahkan lagi suasana pertandingan tersebut. Band yang sinonim dengan perjuangan muzik rock di zaman 80an. Seangkatan dengan band band besar dari semenanjung malaysia.

Cuma kita bakal akan merasai kerinduan akan pemain drum asal kumpulan blue Jeans ini iaitu Allahyarham Brader Azis. Orang yang banyak menurunkan ilmu muzik kepada anak anak muzik sekitar Sabah, khususnya Tuaran. Kita throwback semula persembahan BLUE JEANS di pentas BMF5 beberapa tahun lepas.

 

https://www.facebook.com/alongdcc/videos/10205844867990828/

P/S

Al-fatihah buat Brader. semoga Roh Allahyarham di tempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Amin

 

 

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial