RM5000 TUNAI DITAWARKAN OLEH PIHAK PENGANJUR

Persatuan Aktivis Muzik & Seni batu Pahat (Pams-BP) akan mengadakan sebuah pertandingan nyanyian sempena hari Kemerdekaan yang bakal tiba tak lama lagi. Setiap nyanyian solo atau berkumpulan juga boleh diiringi dengan minus one, bactrack karaoke, Smule, StarMaker ataupun instrumen muzik sendiri seperti gitar dan keyboard (ala busking), bergantung pada kreativiti masing-masing.
Contoh Lagu-Lagu Pilihan bertemakan Kemerdekaan:
1. Fatwa Pujangga – Aishah
2. Warisan – Sudirman
3. Sejahtera Malaysia
4. Setia
5. Tanggal 31 – Sudirman
6. Negaraku – Joe Flizzow, Altimet, Faizal Tahir
7. MALAYSIA – Faizal Tahir
8. Saya Anak Malaysia – Dr Sam
9. Bahtera Merdeka
10. Standing In The Eyes of The World – Ella
Syarat syarat pertandingan.
1. Terbuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira umur, jantina dan bangsa.
2. Lagu yang dipilih hendaklah bertemakan patriotik dan kemerdekaan.
3. Cara penghantaran
– Rakam video nyanyian lagu tema kemerdekaan (live/studio edit) secara Solo atau Berkumpulan
– Hantar video melalui Telegram https://t.me/PAMSBP butiran nama, umur, alamat, No HP dan tajuk lagu.
– Pihak kami akan memuatnaik video Youtube nyanyian dan pautan ke page FB ini untuk undian dan kompilasi juri.
– Kongsi di laman FB, Tiktok, Bigo atau IG anda dengan hashtag #p150merdeka
– Ajak rakan-rakan mengundi, SUBSCRIBE dan LIKE video Youtube persembahan nyanyian anda yang telah dimuatnaik.
5. Kaedah pemarkahan – Juri (80%), Undian Likes Video You Tube terbanyak (20%)
6. Kriteria pemarkahan:
i. Penyampaian Vokal yang mantap
ii. Identiti, gaya vokal dan keunikan tersendiri
BONUS – kreativiti video, gubahan lagu original (termasuk reinterpretasi/mash-up).
7. Tarikh tutup – semua video nyanyian hendaklah dihantar secara Telegram (https://t.me/PAMSBP) sebelum 29hb Ogos 2021, 11.59 malam.
8. Hadiah:
Juara RM2,000 + Rakaman
Ke-2 RM1,500 + Rakaman
Ke-3 RM1,000 + Rakaman
Saguhati RM200 X 5