Rock kapak sukar dicabar

Alhamdulillah & syukur setelah 2 hari terlibat berganding bahu bersama penganjur acara pertandingan iaitu R.E Event Production dimana OnlineFM telah diberi kepercayaan membantu dalam melancarkan pertandingan ini.

Seperti mana yang anda ketahui,pertandingan Rock-A-Fella- Band Battle 2012 telah berlangsung selama dua hari iaitu Sabtu & ahad yang lepas.Dimana hari tsabtu adalah sessi pemilihan ataupun saringan.Seramai 21 buah kumpulan telah mencuba nasib dalam sessi pemilihan ini.Dan hanya 10 buah kumpulan sahaja yang layak keperingkat akhir yang mana berlangsung pada hari ahad.

Ternyata,pertandingan ini memang sukar nak diramal.Mana tidaknya,penganjur hanya mempunyai 3 minggu sahaja bagi merialisasikan pertandingan ini.Dan juga raanya memang sukar nak dapatkan penyertaan yang boleh tahan juga ramainya.Alhamdulillah,dengan kerjasama perbagai pihak,pengurusan pertandingan berjalan dengan lancar.

Sepertimana yang anda lihat di FB onlinefm,kemenangan telah berpihak kepada kumpulan yang terkenal dengan genre lagu rock kapak mereka iaitu kumpulan Kapak & the geng.Mereka telah membawa hadiah berupa wang tunai Rm2000 beserta Rakaman single Album dan Trofi.Selain tu juga,besar kemungkinan mereka akan mendapat kontrak menjadi in house band di salah sebuah club yang terkemuka di Kota Kinabalu.Penganjur masih menguruskan hal ini secepat mungkin

Tempat kedua dimiliki oleh kumpulan yang berasal dari Tuaran iaitu Supernova.Kumpulan ini telah menimbulkan konterversi pada sessi saringan.Kepada yang menyaksikan band ini membuat persembahan,sudah pasti anda tahu apa yang ditampilkan oleh mereka.Tetapi,itu tak disengajakan.Disampin itu,mereka juga telah mengambil risiko dengan membawakan lagu POWER RANGER pasa peringkat saringan.tetapi,tuah berpihak kepada mereka dan melayakkan mereka menempatkan diri dalam 10 terbaik untuk memasuki Final.Akhirnya,mereka menduduki tangga ke 2 dan membawa pulang wang tunai sejumlah rm1500 beserta trofi

Tempat ketiga plak dimenangi oleh kumpulan Grit Comet.Dimana band ini adalah kumpulan yang pertama membuat persembahan.Vokalisnya menyatakan yang dia memang gementar pada hari tersebut dari mula hingga dia dinobatkan sebagai penyanyi terbaik dalam pertandingan keseluruhan ini.Dia telah membawa pulang wang tunai serta sijil.Siapa sangka,dalam dia gemuruh,dia telah menjadi best vokalis

Kelihatan Dj Neo sempat mengambil gambar bersama sama soundman iaitu Mr Jaar daripada Golden Sound Production (GSP) yang mana penyedia sistem bunyi pada peringkat akhir.Secara keseluruhan,tidak ada komplen dari band band yang bertanding bagi sisitem bunyi ini.Cuma,pada sessi pemilihan,terdapat beberapa masalah teknikal yang berlaku dimana Syarikat lain yang mengabil tugas sebagai penyedia sistem bunyi pada hari sabtu tersebut. 

R.E Events Production adalah milik seorang wanita yang sangat lantang bersuara.Rozza Rothman adalah orang kuat bagi penganjuran ini.Dia telah mencabar dirinya sendiri untuk tampil kehadapan dan menerajui pertandingan yang pertama kalinya dikendalikan oleh wanita.Dengan berbekalkan masa selama 3 minggu sahaja dari tarikh pertandingan,dia berjaya membuka mata beberapa pihak yang mengatakan yang dia tidak mampu mengendalikan pertandingan yang mana sebelum ini dikuasai oleh lelaki.Alhamdulillah,tanggapan itu sudah tidak benar.Bukan itu saja,malah dia telah diberikan green light oleh YB Datuk Jahid Jahim untuk mengadakan pertandingan ini untuk tahun hadapan.Dalam masa yang sama,besar kemungkinan pihak pengurusan Komplex karamunsing juga akan tetap menjadi penaja rasmi bagi lokasi pertandingan.

Insyallah,kalau penganjur masih memerlukan kerjasama dari pihak kami,bak kata pepatah,kecik tapak tangan,nyiru kami tadahkan.Apa pun,yang pasti Rock-A-Fella 2013 bakal menanti band band yang ingin mempamerkan kehebatan di pentas tersebut.Kita jumpa di tahun hadapan.Teruskan menyokong band band tempatan,sebab..
KALAU BUKAN KITA,SIAPA LAGI…