Rockfest Marathon kini kembali

Baru baru ini,iaitu 3 hari sebelum program SANTAI MUZIKA berlangsung pihak Onlinefm telah mendapat tawaran dari sebuah syarikat yang mana sebelum ini memang giat mengadakan acara berbentuk showcase.Acara itu melibatkan persembahan dari band band tempatan dan sekitar yang berdekatan dengan Kota Kinabalu.Mereka adalah GMG Media yang diwakili oleh Mr Mahadi Harris Murshidi atau lebih mesra di panggil dengan gelaran UNCLE M.

Sebelum ini pihak GMG Media telah menganjurkan beberapa acara showcase sekitar kota Kinabalu yang mana Jaseltton Point & 1 Borneo telah menjadi saksi dan pentas bagi puluhan band band sekitar sabah beraksi dan mempersembahkan hasil karya mereka.
Oleh kerana itu,pihak GMG MEDIA berhutang satu lagi showcase dimana mereka telah berjanji akan menggadakan satu konsert besar besaran untuk wagra Sabah terutama sekali belia yang dahagakan muzik yang pelbagai.Konsert itu sepatutnya di jalankan 2 tahun lepas akan tetapi,pihak GMG MEDIA terpaksa membatalkan acara tersebut atas sebab yang tidak dapat di elakkan.
Dari itu,Tanggal 7 July 2012 adalah tarikh keramat dimana mereka iaitu GMG MEDIA akan menunaikan semula janji mereka kepada warga sabah dimana konsert yang telah dibatalkan dahulu,kini akan di mulakan kembali.Secara diam diam,pihak GMG MEDIA telah mencari support dan alhamdulillah mereka telah mendapat kepercayaan dari beberapa pihak sebagai sponsership.
Antara sponsership bagi konsert RockFest Marathon III 2012 – “Concert For The Environment” akan datang ini adalah 
Setakat ini pihak GMG MEDIA telah memberitahu bahawa ada 3 buah band (KL) yang telah confirm akan menghangatkan lagi acara konsert tersebut.Kesemua band band ini memang dikenali di serata Malaysia iaitu
Love Me Butch
Pop Shuvit

Deja VooDoo Spell

Melihat sahaja band band jemputan seperti yang tertera di atas tu,ini sudah tentu menambahkan lagi perasaan neves serta tak sabar sabar nak tunggu hari konsert.Alhamdulillah,pihak GMG MEDIA telah mempelawa ONLINEFM menjadi media rasmi bagi acara ini.Semestinya peluang ini amat bermakna bagi onlinefm yang masih terkapai kapai dalam mencari support dari warga pemuzik sekitar Malaysia.Diam tak diam,aktiviti onlinefm di perhati oleh beberapa pihak di luar sana.Alhamdulillah dan syukur atas peluang ini.

Dari itu,pencarian band masih berjalan dan tanggal 25hb Mei ini adalah tarikh akhir bagi sessi pendaftaran.Kepada mana mana band yang belum mendaftar,sila berbuat demikian dan gunakan peluang ini sebaik mungkin.
untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai konsert ini,sila kunjungi fan page mereka iaitu https://www.facebook.com/RockFestKK.Dan pada yang sudah mendaftar,tetapi masih belum menghantarkan DEMO lagu anda,sila hantar secepat mungkin untuk memudahkan sessi AUDITION di jalankan pada awal bulan Jun