ROCKTOBERFEST BORNEO CIPTA SEJARAH

 

Tanggal 6 & 7 Oktober akan menjadi sejarah buat pencinta muzik khususnya di Miri, Sarawak. Bila mana MIRI telah mendapat kunjungan pelancong dalam dan luar negeri disebabkan sebuah penganjuran sebuah festival muzik terbesar buat julung kalinya. NothersEast Group adalah pihak yang menjadikan mimpi ini menjadi rialiti. Bila mana telah mengumumkan di laman sosialnya ROCKTOBERFEST BORNEO bahawa band band besar akan datang ke MIRI untuk menghiburkan peminat peminat mereka sekitar borneo.

Acara ini bermula seawal jam 2 petang. Dimana, para pengunjung seawal jam 1 petang lagi sudah berpusu pusu menuju ke pintu masuk. Pujian harus di berikan kepada pihak penganjur bila mana, di hadapan pintu masuk pemeriksaan yang teliti telah di jalankan oleh petugas petugas yang di lantik. Mereka memeriksa setiap orang yang masuk ke kawasan festival secara terperinci. Agar tidak membawa barang barang yang tudak sepatutnya. Termasuklah makanan & minuman dari luar pun tidak di benarkan masuk. Ini kerana, di dalam kawasan festival, ada di sediakan booth jualan makanan & minuman.

Booth Merchandise antara booth yang paling ramai di kunjungi sewaktu 2 hari fest berlangsung. Kesemua merch band band yang perfom ada di jual disana dengan harga yang mampu milik. Cuma, sesiapa yang datang lewat tu, agak sukar nak dapat size. Almaklumlah, beribu orang datang ke tapak fest seawal jam 1 petang jumaat lagi. Antara merch yang ada dijual di sana adalah T-shirt band & Album.

Gambar di atas adalah keadaan sebenar didalam festival musik yang berlangsung di Miri baru baru ini. Boleh di anjjarkan lebih 10,000 orang telah datang dan menyaksikan sendiri band band fav mereka beraksi di atas pentas yang cukup besar itu. Ditambah lagi dengan kualiti sistem bunyi dan penataan lampu yang cukup hebat dan mengagumkan para pengunjung. Bunyi “KICK” bassdrum sahaja mampu mengegarkan jantung khususnya yang berada di hadapan 12 biji sub woofer.

Boleh di katakan, pihak penganjur telah menyediakan band list yang cukup hebat dan sesuai di tonton oleh peminat muzik live. Hampir kesemua band yang berada di pentas RTBF tersebut adalah band yang cukup terkenal yang mana mereka masih berada di aliran muzik bawah tanah. Sungguhpun band lama, kemunculan mereka mampu membuatkan para peminat setia menjerit dan menyebut tajuk tajuk lagu yang ingin di persembahkan. Hingga ada beberapa orang penyanyi turut serta di tengah tengah ribuan pengunjung yang hadir.

Sepanjang pemerhatian crew kami disana, ROCKTOBERFEST BORNEO ini telah membuka lembaran baru buat peminat muzik band band tempatan, khsusnya di Borneo. Dengan adanya platfom yang besar sebegini, ianya mampu memberi semangat baru kepada anak anak muda yang cendenrung kepada muzik. Diharap event ini dapat diteruskan setiap tahun dan menjadikan kepulauan BORNEO ini sebagai medan untuk mereka bergumpul dan menghargai pemuzik pemuzik bawah tanah.

Weldone Northestern Group, you do the great event for Borneo. Thank You…

 

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial