ROKTRUS SEMAKIN HAMPIR
![]() |
Roktrus band |
Tahniah kepada ROKTRUS kerana masuk keperingkat akhir pada 1 Jun 2016 akan datang.Pastinya, persembahan yang lebih hebat bakal di tampilkan oleh 7 orang pemuzik lokal ini.
HARD ROCK RISING b.o.t.b pusingan pertama baru sahaja berlangsung pada hari rabu yang lepas.Dimana 4 buah kumpulan tercalon dalam saringan pertama iaitu RAZALI KULING TANGAN, KINABALU KINGS, ROKTRUS BAND & ROCKET FLUID.
Persembahan pertama daripada RAZALI KULINGTANGAN atau juga dikenali dengan nama BOBBY.Tidak boleh di nafikan lagi akan kehebatan bobby dalam permainan alat tradisional ini.Solah olah dia bermain keybord.Sentuhan setiap kulingtangan membawa rentak dan bunyi yang membuatkan pengunjung layan lagu lagu yang dipersembahkan.
ROCKET FLUID adalah kumpulan terakhir yang membuat persembahan.Band yang datang dari negara Brunei ini adalah penyebab utama saya datang ke saringan ini.Dimana, kali pertama menyaksikan lokal band dari negara jirang perfom di KK.Sebelum ini saya hanya berinteraksi menerusi laman sosial sahaja.Alhamdulillah, berpeluang juga bersuai kenal dengan mereka. Dengan membawa 3 buah lagu ciptaan sendiri, cukup membuatkan penonton terhibur dan memberikan tepukan gemuruh.Specially lagu terakhir yang memang cukup bertenaga.Diharap suatu hari nanti, band ini dapat naik ke pentas BMF 🙂
p/s
Gambar di petik dari laman sosial hard rock cafe KK.Manakala gambar selebihnya anda boleh lihat di FB page Hard Rock cafe KK