Ronan Keating di KK pada 21 April 2012

Ronan Keating

Mulanya macam tak percaya atau sekadar khabar angin akan kehadiran penyanyi antarabangsa yang mana pernah menganggotai kumpulan BOYZONE tak lain tak bukan iaitu Ronan Keating ke Kota Kinabalu.Rupa rupanya ini adalah benar berlaka dan telah disahkan melalui akhbar tempatan dan juga rentangan BANNER sekitar hotel LE Merridian

Kehadiran dia kesini adalah untuk sama sama membantu akan kesedaran program pemuliharaan terumbu karang.Untuk maklumat lanjut,korang boleh check it out kat sini.Ronan Keating akan membuat persembahan di Bonga Raya Island Resort & SPA yang mana harga tiket untuk menyaksikan persembahan beliau adalah sebanyak Rm1000.Tarikh persembahan nya pada 21 April 2012,dan tak lama lagi ni kan…

Dia juga akan membuat persembahan di beberapa tempat seperti mana yang tertera didalam link diatas.So,kepada yang meminatinya,korang masih ada masa untuk mencari DANA untuk menyaksikan persembahan yang memang jarang jarang ditemui.

p/s
kalau diberi peluang tengok dia perfom,sure tak kan sia siakan