ROUNDOFF 40 MENGUCAPKAN HELLO KEPADA TAHUN 2017 DENGAN EP PERTAMA
Roundoff 40 yang ditubuhkan pada 2008 adalah band suka-suka yang dianggotai pelajar sekolah pada masa itu. Jamming untuk mengisi masa lapang. Hampir hilang pada sekitar 2011 apabila ketiadaan drummer yang menarik diri atas komitmen lain, sehinggalah posisi tersebut diambil alih oleh Boy selaku drummer mereka. Dan pada masa itulah juga Roundoff 40 mula merakam lagu-lagu yang mereka hasilkan.
Gig pertama mereka See You On Stage #2 menaikkan lagi semangat mereka untuk menghasilkan karya. Menurut RO40, permulaan mereka bermain musik hanya untuk suka-suka, tetapi selepas melalui pelbagai experiance dalam music dan kehidupan mereka merasakan bahawa mereka perlu menyampaikan mesej tersebut melalui lagu dan karya.
Line-up terkini RO40 adalah Leo (Guitar/Vox), Kelvin(Guitar), Syl(Bass) dan Boy(Drum). Band yang berentak punkrock ini pastinya inginkan sesuatu yang baru, dengan itu mereka bakal tampil dengan EP pertama mereka yang dijadualkan siap pada tahun hadapan.
Bercakap mengenai EP pertama mereka Leo selaku vokalis RO40 ada memberikan hint sedikit mengenainya.

Penulis sempat bertanya kepada vokalis RO40 tentang bagaimana sesebuah band itu berkesinambungan dan tidak terhenti begitu saja, menurut Leo
“ Bagi saya benda yang perlu ada dalam sesebuah band adalah kesatuan. Kesatuan untuk memperjuangkan apa yang mereka sudah mulakan. Line-up sudah tentunya perlu bertolak ansur dan bersatu dalam apa jua keadaan pun, jika ingin pergi lebih jauh dan terus bertahan. Tujuannya cuma satu, supaya band itu terus bertapak dan tidak terhenti dengan sia-sia”
RO40 yang berhasrat untuk menumpukan kegiatan harian dan perkerjaan selepas menghasilkan EP ini akan terus mewarnai gig lokal. Di kesempatan ini juga RO40 mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong dan rakan yang tidak berputus-asa memberikan galakan dan sokongan dengan membeli CD RO40. RO40 juga berterima kasih kepada organizer seperti The Rebel Union, OnlineFM, NFGP, RTV, BMT dan semua individu dan movement yang pernah libatkan mereka. Rakan-rakan yang sudi menjadi sebahagian daripada RO40 ketika ketiadaan anggota band lain Larry(Dis-Boikot), Alen(Shoothimday), Didie(Aylette), Chris(PXTX) serta yang tidak sempat mereka listkan.
Sebagai penyokong tegar band lokal, OnlineFM tidak sabar menunggu kemunculan EP RO40 yang pertama. Dan apa juga yang mereka rancang, kami ucapkan semoga terus terbang tinggi.
Teruskan berkarya, punkrock is not a crime anyway.
Sokong dan ikuti RO40 melalui page laman sosial mereka.
facebook.com/roundoff 40