SAIKO-RAMA MENYAJIKAN MUZIK YANG SEGAR PADA ABAD INI

Saiko-Rama adalah sebuah kumpulan muzik yang baharu saja ditubuhkan pada tahun 2019. Diasaskan oleh dua beradik yang berasal dari Pulau Pinang iaitu Pali dan Aiman.
Band ini ditambahkan dengan kekuatan pemain gitar utama Haziq, pemain dram Harith, dan pemain keyboard Cadat. Ketiga-ketiga pemuda hebat ini berpangkalan di Ipoh, Perak. Mula praktis di sebuah studio Ipoh, maka tercetuslah idea untuk menulis lima buah lagu yang dimuatkan dalam EP ini.
Sudah bertahun mereka merancang dan Alhamdulillah baru ada budjet dan kesempatan untuk merealisasikan impian ini. EP ini adalah karya luahan hati Saiko-Rama. Semoga dengan adanya EP ini diharap dapat memberi satu sentuhan gegendang telinga kepada semua.
Line up Saiko-Rama..
Vocal / Zul Aiman
Guitar / Zul Aiman except “Parasite” by Haziq
Bass / Zul Fadzli
Drums / Zul Aiman
Synth and MIDI keyboards / Zul Aiman
Scream vocal / Cadat
Anda boleh dengarkan EP mereka menerusli link ini.. https://open.spotify.com/album/7EiwjjfWuwO49hQ469D4xJ