Sambutan Hari Belia Negara 2012

Memang tak sangka,selang beberapa hari dari program SANTAI MUZIKA,pihak Jabatan Belia & Sukan (Persekutuan) Sabah telah mempelawa pihak Onlinefm untuk terlibat dalam sebuah lagi program yang bertemakan Hari Belia iaitu Sambutan Hari Perlancaran Hari Belia Negara 2012 yang berlangsung pada 15 Mei 2012 iaitu pada hari ini.

Program ini berlangsung secara santai saja,dimana pengisiannya lebih kepada sessi bersama belia,sessi karaoke dan persembahan dari pemuzik pemuzik sekitar Kota Kinabalu.

Seperti mana yang kita lihat dalam flyers di atas,terdapat persembahand ari 3 buah band serta penampilan intimewa seorang anak muda yang cukup berbakat dalam bidang yang diceburinya iaitu BEATBOX.kepada yang ingin melihat aksi brader ini,jangan lupa janji temu kita bertempat di Komplex Jabatan Belia & SUkan ,Putatan seawal jam 7 malam.

Jangan lupa membawa kamera anda,ataupun pastikan HP anda telah full charge untuk membuat updating di FB mahupun twitter ketika menyaksikan persembahan tersebut.Kita harus bangga dimana belia belia kita kini mula berani tampil dan memperlihatkan bakat yang mereka ada kepada masyarakat sekeliling.Dengan bantuan pihak Jabatan Belia & Sukan ini membolehkan sesuatu program tersebut mendapat sambutan hangat.

Apa pun,jutaan terima kasih kepada pihak jabatan Belia & Sukan (Persekutuan)  Sabah atas peluang yang diberikan kepada band band tempatan ini serta belia belia yang berbakat besar ini.Diharap platfom sebegini akan sentiasa diujudkan untuk belia belia pemuzik kita..Sokongan anda sentiasa diharapkan oleh mereka kerana…

KALAU BUKAN KITA,SIAPA LAGI…