SANDAKAN JUARA PERTANDINGAN KUGIRAN DI LAHAD DATU
DE JANE’S telah di nobatkan sebagai juara dalam pertandingan BATTLE OF THE BAND yang berlangsung di Darvel Bay, Lahad Datu. Di fahamkan seramai 15 buah kumpulan telah menyertai acara pertandingan ini. Yang mana ada penyertaan dari luar daerah Lahad Datu. Ini menampakkan satu perkembangan positif dalam arena KUGIRAN. Dimana, sambutan anak anak muda yang meminati live band semakin bertanbah dan mampu menarik minat di kalangan belia sekitar Sabah.
Acara saringan bermula seawal jam 10 pagi dan berahkir sekitar jam 6 petang. Difahamkan, keadaan kawasan pertandingan iaitu ruang legar bangunan darver bay di penihi oleh penyokong serta warga daerah yang mengikuti perkembangan muzik LIVE ini.
Daripada 15 buah kumpulan, hanya 8 buah kumpulan sahaja yang layak ke peringkat akhir. Iaitu berlangsung pada hari yang sama pada jam 8 malam. Juri pertandingan pada masa ini adlaah seorang penyanyi rock yang tidak asing lagi di Kota Kinabalu iaitu BOBBY@Makhluk. Selain itu, dia di temani oleh pelakon, pengacara serta penulis skrip yang sudah tidak asing lagi di Sabah iaini EBI KORNELIS. Beserta seorang lagi juri yang mewakili ASWARA.
Pada jam 11 malam, keputusan telah di ketahui di mana tempat ketiga menjadi milik kumpulan IRAMA MUZIK yang mewakili daerah Lahad Datu sendiri. Yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM750. Manakala tempat kedua jatuh kepada kumpulan RIMBAYU yang juga beradal dari lahad Datu. membawa pulang wang tunai sebanyak RM1000 ringgit. dan juara di nobatkan kepada kumpulan DE JANE’S yang berasal dari daerah Sandakan. Yang membawa pulang wang tunai RM1500.
Tahniah di ucapkan kepada para pemenang dan para peserta pertandingan KUGIRAN ini. Semoga acara sebegini dapat menjalinkan ikatan ukhwah yang erat semasa pemuzik. Secara tidak langsung dapat bertukar tukar informasi dalam aliran muzik yang menjadi hobo masing masing. Pastinya memory pertandingan akan menjadi kenangan indah para peserta yang mengikuti sejak awal pagi hingga lewat malam tersebut.