Satu-satunya band yang dianggotai oleh anak muda berbangsa cina
Bila sebut 4AG sahaja, pasti kebanyakan orang akan ingat ianya merupakan sebahagian daripada jenama bagi komponen enjin kereta dari Jepun yang terbaik didunia. Akan tetapi perkataan 4AG ini merujuk kepada sebuah band tempatan dari Kota Kinabalu yang telah ditubuhkan oleh sekumpulan anak muda yang berbangsa cina. Dimana ianya merupakan satu-satunya band heavy metal minoriti yang dianggotai oleh kaum cina di Sabah negeri di bawah bayu ini.
Band ini memperjuangkan konsep muzik yang berteraskan heavy metal, rock, alterbative dan lain-lain lagi. Maka tidak haranlah setiap muzik yang dibawa membawa pengaruh muzik tempatan dan antarabangsa. Sebagai contoh, Deep Purple, Iron Maiden, Metallica, Lamb of God, Slipknot, Beyond.
Mereka mula bermain muzik bersama pada setiap masa yang terluang tidak kira dimana sahaja. Ditambah lagi dengan perkongsian minat yang sama terhadap muzik maka timbullah niat untuk menubuhkan sebuah band. Dari muzik juga mereka dapat menjalinkan hubungan yang lebih erat antara band-band tempatan selain dengan perkongsian pendapat sesama mereka.
Pada awal penubuhan, lineup band ini terdiri daripada 5 orang ahli yang pada masa itu kebetulan merupakan belajar disekolah yang sama. Selepas itu berlaku beberapa perubahan dalam lineup band atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Namun atas semangat muzik tidak membezakan antara sesama lineup mahupun ex-lineup dimana mereka juga turut dijemput bersama-sama membuat persembahan.
Mereka sangat aktif dalam beberapa penyertaan event dan BTOB yang dianjurkan oleh mana-mana penganjur. Antaranya ialah:
Setakat ini mereka telah merakam lagu band yang bertajuk “Listen”. Terdapat beberapa lagu akan dikeluarkan tidak lama lagi. Kepada semua peminat 4AG sama-sama kita nantikan kemunculan lagu yang akan keluar nanti.
Selain itu juga, 4AG dalam perancangan untuk mengeluarkan album ataupun EP di masa hadapan. Dimana segala-galanya masih dalam perancangan termasuk penciptaan lagu-lagu baru. Mereka juga banyak menjalin hubungan antara beberapa buah band tempatan selain menyeru kepada rakan-rakan mereka yang berbangsa cina untuk menubuhkan band.
Bagi yang belum menyertai 4AG di facebook mari klik di link yang tertera. http://www.facebook.com/pages/4AG-For-Ag. Dimana anda juga boleh mendengar lagu mereka dan klik like di bandpage mereka.