Saudara Terdekat Kepada Sakaratulmaut

Cousin Of Death ditubuhkan pada tahun 2008. Band yang bernaung dibawah syarikat produksi Thornwire Records berasal dari Kuching, Sarawak, band ini memmpelopori muzik yang berasaskan experimental death core.

Band ini dianggotai oleh 5 anak muda yang berkawan rapat sejak awal lagi. Dimana masing-masing dari mereka terdiri daripada gabungan pelbagai band tempatan sebelumnya. Mereka ialah Eyork (Vocals), Mean (Guitar), Melvin (Bass), Grim (Drums) dan Pepeh (Guitar).

Dengan penubuhan band ini mereka memutuskan untuk bersama-sama bermain di mana-mana event gig tempatan khasnya di Sarawak. Pengaruh muzik Cousin Of Death  terdiri daripada band-band luar. Antaranya ialah The Black Dahlia Murder, Between the Buried and Me, The Agony Scene, August Burns Red dan banyak lagi.

Pada tahun 2011, mereka telah merakamkan single yang pertama bertajuk “Dege Tak Tak Tak Tak Tuff!”.  Dimana lagu ini dirakamkan di sebuah syarikat peroduksi iaitu Seventh Tribe Studio, Kuching. Selepas itu, single kedua yang dirakamkan berjudul “Unfortunate Demise” dan ianya  dilancarkan sebagai demo mereka sendiri.

Cousin Of Death tidak ketinggalan perform di mana-mana event merata tempat. Antaranya ialah Fear The Titans, Gegey Fest, Borneo Beatdown, Destroy Shred Destroy Sarawak, Xibalba ‘Southeast Asia Special Tour 2012, Borneo Tour, Borneo Attacks dan lain-lain lagi. Baru-baru ini juga mereka telah perform di sebuah event iaitu Shockwave Entertainment Birthday Bash.

Perkembangan terkini mereka ialah, Cousin Of Death dalam proses untuk mengeluarkan material baru iaitu EP yang pertama. Dimana ianya bakal dikeluarkan pada tahun ini tidak lama lagi. EP pertama mereka yang bertajuk “Let Me Kiss That Witch Bitch” menurut info bandpage Cousin Of Death.

Bagi yang ingin mendapatkan material band ini anda boleh masuk ke website http://www.facebook.com/AfraidClothing?fref=ts. Untuk mengetahu perkembangan terbaru pula klik http://www.myspace.com/deathofcousin, http://www.purevolume.com/CousinOfDeath, https://twitter.com/#!/Cousin0fDeath, http://www.youtube.com/user/CousinOfDeat.. dan https://www.facebook.com/Cousin0fDeath.

Untuk sebarang tempahan perform di mana-mana event anda boleh menghubungi Hanne: +012 8820272 / Emmanuel Nuk Chee: +0168180181. Anda juga boleh menghubungi mereka melalui email Shockwave Entertainment KK iaitu shockwavekk@yahoo.com. Akhir kata “Support Our Local Act”.