SAYA BUAT NI PASAL MAU TOLONG MEMBER “ONWER KEDAI”

SAYA BUAT SHOW NI UNTUK TOLONG MEMBER JAK. Promote kedai makan dia yang baru buka di area Putatan/Petagas ni. Tanpa mengharap apa pun ..Itulah jawapan yang keluar dari anak seni yang merupakan sessionist berjaya di Kota Kinabalu ini. Lebih mesra dengan
panggilan BONBON.Sudah lah terrer main gitar, mekanik basikal pun dia sapu bah. heyyyy, berbakat betul anak ni tau..
Sayangnya dia pada muzik bukan ala kadar. Anda boleh lihat hasilnya semalam di lokasi Biz Avenue. Dia sendiri binggung, dimana orang mau duduk. Sebab TERLALU RAMAI yang datang mau tengok showcase. Almaklumlah, lamanya tiada event di KK kan. Anyway, tahniah BonBon, jiwa mu memang hebat dan moga kau dimurahkan rezeki dan cepat bertemu jodoh 😛