SEBUAH GUNUNG YANG TERTINGGI DI ASIA TENGGARA




Aki Nabalu merupakan sebuah band tempatan yang berasal dari Sabah Negeri Dibawah Bayu. Kumpulan ini memulakan perjalanan dalam arena muzik tempatan dengan nama “The Cosmic” yang kemudiannya bertukar kepada Aki Nabalu. Nama band ini diambil bersempena dengan nama sebuah gunung yang tertinggi di asia tenggara iaitu Gunung Kinabalu.



Lineup band ini terdiri daripada 3 anak muda. Dimana mereka ialah Enoch Cosmic, Edward Cosmic dan Neo Cosmic. Untuk pengetahuan, mereka sedang mencari seorang pemain drum bagi melengkapkan posisi ini dengan segera.


Setakat ini Aki Nabalu pernah perfom di event akustik seperti Earth Hourby Hitz KK Crew dan Couturier-Ave event. Mereka berharap agar muzik yang dibawa diterima oleh ramai peminat muzik tempatan. Bagi yang ingin mengikuti perkembangan lanjut band ini, boleh klik like di http://www.facebook.com/4kinabalu.