Sekali sekala beriadah bersama teman seonline

Pada cuti umum yang lepas,pihak onlinefm telah membuat penganjuran santai iaitu program riadah bermain badminton bersama rakan rakan seonline.Alhamdulillah sambutan dari rakan rakan memang mengagumkan dimana beberapa penyampai radio internet turut hadir.Antaranya Dj Black Noty dari SabahanFM,Dj KC dari CantikFM,beberapa orang wakil belia inspirasi Kota Kinabalu,Adin Hans dan geng gengnya serta ramai lagi lah.

Nampaknya program santai ini mendapat sambutan dimana sahabat lain ingin ianya diteruskan dimasa akan datang.Insyallah akan dipertimbangkan akan usul ini.

Untuk melihat gambar gambar sekitar dewan atau antara yang hadir,akan di SHARE di OnlineFM dalam ruangan Album