Semangat dari Ipoh makin membara

Berteraskan muzik power pop & pop punk band Month Of Joy anak kelahiran Ipoh,Perak kini mencuba nasib dalam industri underground ini.Biarpun muzik tersebut amat femous dibawa oleh mana mana band,mereka tetap nak lihatkan kelainan dalam single pertama yang mereka hasilkan yang berjudul Semangat inspirasi.


Pertama kali mendengar lagu ini,ianya seakan akan memberi semangat untuk meneruskan apa yang sedang dilakukan.ianya amat sesuai bagi program program yang membina jatidiri dimana lirik lirik nya amat sesuai dan melodynya juga memang gempak dan menarik untuk di dengar

Kepada organiser organiser yang selalu mengadakan gigs ataupun showcase,apa kata korang berikan sedikit ruang dan peluang kepada band ini untuk mereka buktikan kemampuan mereka menambat hati crowd yang hadir dalam acara anda.Bak kata pepatah,kalau tak dipecahkan ruyun,manakan nak dapat sagunya…

Kepada anda yang berada di luar sana,jangan lupa support band ini dengan LIKE page mereka iaitu Month Of Joy dan jangan lupa dengarkan single pertama mereka tersebut.Serta,ajaklah kenalan lain anda untuk support mereka,kerna KALAU BUKAN KITA,SIAPA LAGI…