Sempena buku teks matematik

Round Off 40 ataupun R040 ditubuhkan pada tahun 2007, pada mulanya band ini hanya dianggotai oleh Leo selaku vocalist/pemain gitar, dan Sly, selaku pemain gitar bass.  Nama band ini  diambil daripada buku teks matematik dan ianya merupakan idea spontan dari Leo.   Beberapa bulan kemudian band ini menambah dua orang anggota baru  iaitu DD selau pemain drum dan Vert selaku pemain gitar utama.

Genre muzik pilihan meraka adalah Punk Rock dan Pop Punk.  Mereka mengambil keputusan untuk mencipta lagu mereka sendiri apa tah lagi apabila mendapat sokongan padu dan dorongan kuat daripada rakan-rakan mereka sendiri, walaupun pada ketika itu mereka  menghadapi beberapa masalah yang harus diselesaikan. Setiap muzik yang mereka mainkan akan sentiasa berubah-ubah strukturnya kerana mereka akan sentiasa mencari bunyi yang menarik dan unik. Biasanya Lagu-lagu ciptaan mereka akan berkisar tentang kehidupan, kasih sayang, suara rakyat dan juga  sindiran.

Sylvester a.k.a Oboy merupakan bekas anggota band ini selaku pemain drum dan juga merupakan rakan karib kepada band ini.   Walaupun dia bukan lagi ahli band  ini, namun atas dasar ikatan persahabatan dia  akan sentiasa membantu band ini sekiranya DD pemain drum  tidak dapat melibatkan diri dalam sesuatu persembahan kerana kesibukannya sebagai seorang pelajar.  R040 sedang berusaha untuk menghasilkan EP pertama mereka yang akan direlis pada tahun 2013.

Band R040 telah menghantar  demo pertama mereka yang bertajuk “Million Guilty Sin”. untuk dikongsikan bersama pendengar onlinefm. Harapan kami semoga band ini akan terus menjadi salah satu band yang terkenal dipersada seni hiburan negara kita.