“SENANTIASA NANTIKAN DIUNDANG UNTUK NGASI HIBURAN”

Berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. Ditubuhkan pada Mei 2011. Kumpulan ini memulakan perjalanan dengan nama Picknik yang kemudiannya bertukar kepada Senandung.
Pada mulanya band ini dibentuk hanya untuk suka-suka sahaja. Namun secara kebetulan mereka dapat peluang untuk perform dalam formal event. Bermula dari situ mereka mula mencuba untuk jadi indiependent band yang kemudiannya mendapat sokongan positif dan dorongan rakan-rakan dari The Retrock.
Pencetus kepada nama Senandung/Picnik ini datang dari Bun sendiri. Masing-masing dari lineup mempunyai latar belakang tersendiri. Dimana 3 daripada lineup Senandung sekarang ambil Diploma Muzik.
Genre muzik yang dibawa oleh band ini ialah Alternative Rock dengan berlatar belakangkan konsep muzik Rock and Roll. Terdapat beberapa perubahan dari segi lineup semasa awal penubuhan band ini iaitu:

Era (PICNIK) Mei 2011 – Julai 2011
Ø  Ricca – Vocalist
Ø  Chuli – 1st Guitarist
Ø  Jimi – 2nd Guitarist
Ø  Skaa – Bass Guitarist
Ø  Bun – Drummer

Era (Senandung 2) Julai 2011 – April 2012
Ø  Pyan – 1st Vocalist
Ø  Khairil – 2nd Vocalist
Ø  Chuli – 1st Guitarist
Ø  Jimi – 2nd Guitarist
Ø  Skaa – Bass Guitarist
Ø  Bun – Drummer

Era (Senandung 3) Mei 2012 – Mei 2013
Ø  Piee – Vocalist
Ø  Chuli – 1st Guitarist
Ø  Jimi – 2nd Guitarist
Ø  Skaa – Bass Guitarist
Ø  Bun – Drummer
Era (Senandung 4) Mei 2013 – Jun 2013
Ø  Piee – Vocalist/2nd Guitarist
Ø  Chuli – Violinist/1st Guitarist
Ø  Skaa – Bass Guitarist
Ø  Bun – Drummer
Era (Senandung 5) Jun 2013 – Sekarang
Ø  Piee – Vocalist/2nd Guitarist
Ø  Saddam – 1st Guitarist
Ø  Chuli – Violinist/2nd Guitarist
Ø  Skaa – Bass Guitarist
Ø  Bun – Drummer

Senandung banyak menyertai event yang dianjurkan oleh pihak penganjur dimerata-rata tempat. Antaranya ialah Persembahan formal bagi Malam Penutupan Kamsis Politeknik Kota Kinabalu 2012 (Politeknik KK), Noise Sounds From Garage Party Part 3 (Borneo Indiependent Movement), Tribute to Bob Marley Acoustic Show (Kinabalu FM), Karnival Merdeka Raya at One Place Mall, Putatan (Sabah Art Evento), Akustik Merdeka Aidilfitri (Online FM), Acoustic at Beack (Online FM), Masterskills Open-Day Acoustic Show (Masterskills Global College Likas), Noise Sounds From Garage Party Part 5 (Borneo Indiependent Movement) dan Busking in Train KK-Beaufort-KK (Online FM).
Setakat ini mereka belum merakamkan lagi lagu dimana-mana syarikat produksi. Akan tetapi mereka mempunyai 10 buah lagu. Dimana 4 buah lagu sudah pernah dibawa masa gigs/persembahan.
Bagi yang belum mengikuti band ini di facebook anda boleh klik link yang tertera
http://www.facebook.com/SENANDUNG.COMPANY. Sekaligus anda semua boleh mengupdate perkembangan dan status terkini band ini. Dimana anda boleh klik like sebagai tanda sokongan anda terhadap Senandung.