Seperti Sebuah Nama Rancangan “INCARNATION – THE ONE WHO HOLD THE HEART”

Incarnation ditubuhkan pada 5 Mei 2005. Berasal dari Alor Setar, Kedah band ini bernaung dibawah syarikat produksi Subhuman Production. Mereka memilih genre Metal / Trash / Hardcore sebagai konsep muzik untuk band ini.

Band ini dianggotai oleh 5 anak muda. Mereka ialah Yadd (Vocal), Najmi (Guitar), Udey (Guitar), Areef (Bass) dan  Arab (Drum). Kombinasi mantap dalam muzik yang dipamerkan mereka membuat band ini dikenali ramai peminat muzik tempatan.

Sepanjang penubuhan band ini, mereka banyak menyertai event di merata-rata tempat. Antaranya ialah Hardcore Most Wanted II, UN TV Fest 2013, MYMC Fest, dan lain-lain lagi. Selain diundang untuk membuat persembahan dalam event Shockwave Entertainment Birthday Bash baru-baru ini.

Bagi peminat yang ingin mengetahui perkembangan Incarnation lebih lanjut anda boleh terus ke laman sesawang mereka. Antaranya ialah:

Selain itu, bagi yang ingin mengundang band ini untuk membuat persembahan boleh hubungi mereka melalui telefon iaitu  +6012 – 3138426 dan email subhumanproduction@gmail.com.