SETENGAH JUTA VIEWER DALAM MASA 3 HARI
Ismail Awang Ali atau kini sudah dikenali dengan nama #mailkaram yang berasal dari daerah pedalaman Sabah kini dalam proses menyiapkan album solo beliau. Ini berikutan sambutan yang hebat sekali dari orang ramai akibat kesan viral video duet beliau bersama Siti Nordiana dalam applikasi smule.
3 hari sahaja video ini di muatnaik ke laman media sosial, ianya sudah mendapat tontonan setengah juta penonton. Cuba klik link ini dan anda lihat sendiri dan dengar suara brader kita ini
https://www.facebook.com/1sabah/videos/10154276686351004/
Baru baru ini, saya berpeluang bertemu dengan brader ini. Saya memang sudah lama kenal dengan brader mail ini. sewaktu beliau aktif dengan band HOKAGE X lagi. Dimana band dari Pitas ini pernah menjadi antara band terbaik dalam sebuah pertandingan muzik di Kota kinabalu suatu ketika dulu. Bila mana brader mail membawakan lagu ciptaan mereka sendiri di pentas, beliau dapat hadiah jambangan bunga dari penonton.
Suara yang tinggi dan penulisan lirik lagu yang berbaur slow rock antara kata kunci bagi beliau dapat sokongan dari masyarakat di luar sana. Bukan senang kita nak dapat seorang anak seni yang berbakat dalam penulisan lirik dan mempunyai suara yang tinggi. Dimana, umur brader mail ini sudah di kategorikan ” berstatus datuk”..
Insyallah, kepada yang mengenali brader mail, jangan lupa untuk mendapatkan album solo beliau yang kini dalam proses akhir penyiapannya. Difahamkan ada 3,4 buah lagu di muatkan di dalam album tersebut. Proses rakaman dan adunan di buat di Kota kinabalu oleh seorang komposer baru. Yang mana 100% proses menyiapkan album ini di lakukan di rumah (home studio).
Saya juga di fahamkan, sekiranya ada rezeki lebih, brader mail ingin membuat perlancaran secara kecil kecilan untuk kawan kawan yang menyokong nya selama beliau dalam arena muzik ini. Sama sama kita nantikan kelahiran album solo brader mail atau nama glamornya #mailkaram ini