“SIAPA TAHU” taruhannya di dunia maya


Kebolehannya menyanyi ketika berusia seawal 10 tahun merupakan satu aset untuk menjadikannya seorang penyanyi yang berjaya dan berpotensi di masa hadapan.
Ibnu Farid Kamaruddin, jejaka yang berasal daripada Klang, Selangor, merupakan anak ke tujuh daripada Lapan orang adik-beradik, berbintang Libra dan kini genaplah usiannya mencecah 25 tahun pada tarikh 19 Oktober akan datang. Dia mendapat sokongan padu daripada keluarganya setiap kali mengikuti pertandingan nyanyian yang dianjurkan pelbagai pihak. Di samping itu, dia jua mahir bermain alat muzik seperti gitar, drum dan keybord hasil daripada bimbangan rakan-rakan dan keluarga terutama sekali kakak dan abangnya.
Bagi meneruskan cita-citanya, dia terus berusaha mengambil peluang dengan memasuki beberapa program realiti, namun nasib tidak menyebelahinya, di mana dia cuma sempat dimasukkan dalam senarai pendek sahaja. Namun perkara itu tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus berkarier. Dalam masa yang sama Ibnu Farid Kamaruddin telah menubuhkan sebuah band yang diberi nama “Last Career “ bersama rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama dan telah mencipta beberapa buah lagu sekadar untuk suka-suka. Walau bagaimanapun band tersebut terpaksa dibubarkan kerana kurang mendapat tempat dalam industri muzik tanah air.
Ibnu Farid Kmaruddin kini bergerak secara solo dan telah menghasil beberapa buah lagu di antaranya bertajuk “Siapa Tahu” yang berjaya menarik perhatin pengemarnya. Semua lagu hasil ciptaannya dimuat turun di YouTube link www.youtube.com/watch?v=pyUJ-SZcQU8 bertujuan untuk mendapat komen dan reaksi dari pelbagai pihak demi untuk memperbaiki dirinya.
Pihak Onlinefm mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudiann Ibnu Farid Kamaruddin berkongsi profile dan lagu ciptaanya, harapan kami semoga dia akan terus suksess dalam bidang yang diceburinya.