Siapakah yang menemani Gimie selalu?

Panas,bila melihat tajuk artikel diatas.Sebenarnya itu adalah tajuk single terbaru dari penyanyi kelahiran Sabah ini iaitu GIMIE yang sedang giat dipromosikan leh penyanyi ini sendiri di laman sosialnya malah radio tempatan sekitar Kota Kinabalu.

Gimie yang sebelum ini dikenali dengan lagu KELIRU telah melahirkan sebuah lagi single terbaru yang sedang panas di corong corong radio tempatan terutamanya sekitar negeri kelahirannya iaitu Sabah.Single terbaru ini berjudul MENEMANI AKU SELALU.Tanpa disangka Gimie telah berkongsikan single terbarunya kepada onlinefm.Dan pihak onlinefm amat berbesar hati bila mana mana penyanyi mahupun band sudi berkongsikan lagu lagu mereka untuk tujuan promosi.

Mungkin ramai juga yang ditak mengenali Gimie ini.Akan tetapi,pada staff RTM,sememangnya mereka telah sedia maklum yang dia ini juga merupakan salah seorang staff yang bertugas di bangunan RTM tersebut.Akan tetapi,minat yang mendalam dan bakat yang dianugerahkan oleh Yang Maha Esa itu tidak disia siakan olehnya.

Dengan bantuan rakan rakan muzik seperjuangan,ada diantara mereka yang sudi bekerjasama dengan Gimie untuk menyediakan lirik dan melody untuk dinyanyikan olehnya.Inilah yang dikatakan semangat bantu membantu dan tahu akan kelebihan seseorang itu.

Kepada yang belum pernah dengar lagi single terbaru dari Gimie,korang boleh tengok klip vedionya lagu tersebut kini ada di YOUTUBE seperti dibawah ini.