Siaran Terganggu di Muar Johor

Lihat saja tajuk dah tertanya tanya kenapa Johor menghadapi siaran terganggu.Tapi tak dinyatakan plak siaran TV atau radio kan.Hahahaha,sebenarnya itu hanyalah tajuk dan sebenarnya siaran terganggu ni adalah sebuah kumpulan anak muda yang aktif bermain muzik di Muar Johor

Siaran Terganggu ditubuhkan sekitar tahun 2009 yang mana ianya pada mulanya diangotai oleh 4 orang nak muda.Mereka terdiri daripada Akbar selaku Vokalis,manakala Hassan pula pemain gitar utama.Bonzer plak bermain bass dan Bob selaku pemain drum

Konsep muzik yang mereka bawa adalah muzik Alternativ rock yang mana mereka juga telah mengeluarkan EP pertama bertajuk Agresif Selangkah.EP tersebut sudah berada di pasaran underground sekitar Muar Johor sejak awal tahun 2010.

Ribuan terima kasih kepada Brader Buang atas perkongsian info mengenai band ini.Walaupun jarak adalah pemisah antara Onlinefm dengan Komuniti Pemuzik Muar (KPM) dengan cara ini,kita boleh mengeratkan hubungan sesapa suppoter kepada semua jenis muzik.Diharap ikatan ini akan kekal dan berterusan..