Sidang Media Rockfest 2012 Shennanigans

Tanggal 28 Jun 2012,bertempat di Shennanigans telah berlangsung sidang media dimana ianya bermula sekitar jam 11 pagi dan selesai dalam jam 1 petang.Dalam acara tersebut,pihak penganjur telah menjemput beberapa media cetak tempatan serta sponsership yang menjayakan konsert ini untuk turut sama dalam sessi soal jawab tersebut. Panel yang telah naik kehadapan stage masa itu adalah terdiri dari CEO GMG Media iaitu Uncle M.Diikuti oleh wakil dari AMP selaku radio frekuensi rasmi bagi konsert ini.

Manakala,Seolang wakil dari Malaysia Airline System yang menjadi harapan dimana memberi support dalam penyediaan tekit penerbangan bagi 3 buah kumpulan dari semenanjung Malaysia.Serta seorang wakild ari Sound Sistem dimana penganjur menggunakan perkhidmatan WILTI JOS.Dan KK Bandwidth diwakili oleh boss besar mereka iaitu Mr Arthur.

Sebelum acara bermula,tetamu yang hadir telah dihiburkan dengan persembahan santai dari salah sebuah kumpulan yang bakal menghangatkan pentas rockfest pada 7 julai nanti iaitu kumpulan The Blackbird.Mereka membawakan dua lagu cover yang dipopularkan oleh kumpulan The White Shoes & the Couple Company.Ternyata para hadirin memang enjoy dan terhibur dengan persembahan mereka.

Gambar diatas pula adalah antara sponsership & parthers yang menjayakan konsert rockfest Marathon ini.Diharap kepada warga KK terutamanya,hadir dan memberi sokongan kepada penganjur dimana tema yang mereka tampilkan bukan sahaja ingin merhibur dengan alunan muzik,malah kesedaran tentang sayangi alam sekitar juga akan disedlitkan dalam konsert 12 jam ini.Sama samalah kita menjayakan konsert ini yang secara tak langsung dapat memberi kesedaran kepada pengunjung yang hadir untuk menjaga kebersihan serta nilai nilai murni yang harus di pupuk sejak usia 10 tahun lagi