SIL KHANNAZ ANTARA YANG BERAKSI DI KOTA KINABALU BULAN JULAI AKAN DATANG

Kepada peminat muzik METAL, pastinya ini antara berita yang ingin dikongsikan kepada anda. SIL KHANNAZ bakal berada di Kota Kinabalu dalam sebuah mini tour. Mereka adalah antara band jemputan dalam sebuah mini tour sebuah kumpulan muzik yang agak unik (band tanpa penyanyi). Kami juga di fahamkan bahawa mini tour ini sudah bermula sejak bulan febuari lagi. hampir 16 buah lokasi sekitar Malaysia bakal di jelajahi oleh band unik ini. Maklumat lanjut akan kami kongsikan sebaik sahaja menerimanya daripada pihak penganjur. terima kasih