Ska & Techno adalah genre mereka

Jauh kau berlari….mencari-cari apa yang tidak pasti begitulah di antara lirik lagu yang terkadung dalam lagu yang dinyanyikan oleh band ini, yang pastinya akan menawan hati anda..
Rockin Daisy berasal dari Taman Universiti, Skudai, Johor Bahru dan ditubuhkan sekitar Jun 2012. Manakala genre lagu yang diperjuangkan adalah bercampur-campur iaitu ska, techno dan rock. Band ini terdiri daripada enam (6) orang anak muda iaitu Ali Idri selaku pemain Gitar dan Vocal, Farok selaku pemain Gitar dan Vocal, Ery selaku pemain Gitar, Carlos selaku pemain Keybord/Synth, Amy selaku pemain Bass dan Jering selaku pemain Bass. Disamping itu, band ini juga mempunyai tiga orang ahli jemputan yang sering menyertai mereka jika sekiranya terlibat dengan gig ataupun show iaitu Najib selaku pemain Bass, Mat selaku pemain gitar dan Yan sebagai pemain Drum.
Pada ketika ini mereka telahpun berjaya menyiapkan rakaman sebuah lagu yang tertajuk “Jauh” (Kau Berlari) dan Kebangkitan Umat yang masih lagi dalam proses rakaman. Jika anda ingin mengenali mereka dengan lebih dekat lagi, anda boleh melayari laman sesawang mereka di page Rockin Daisy dan untuk melihat klip video persembahan mereka di Youtube link http://www.youtube.com/watch?v=q4FavHzXILc
Pihak Onlinefm mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Rockin Daisy berkongsi profil dan lagu-lagu mereka. Harapan kami semoga mereka akan terus suksess dalam kerjaya mereka demi untuk menambahkana lagi warna-warna dunia hiburan tanah air kita khususnya indiependent band di Malaysia.