SLUDGY & BOIL BAKAL GEGARKAN PENTAS BINTULU RIOT GIG NOVEMBER INI

Sludgy (Lahad Datu)

Sememangnya muzik itu memang mampu menyatukan sesiapa sahaja yang meminatinya. Asalkan minat kearah yang positif dan memajukan diri dalam bidag seni.

Pada bulan November nanti, kumpulan grunge yang berasal dari Lahad Datu sabah iaitu Sludgy bakal menjejakkan kaki buat pertama kalinya di Bintulu,, Sarawak. Ini bersempena jemputan daripada pihak penganjur sebuah gig iaitu BINTULU RIOT GIG 2019.

Selain Sludgy, kelihatan nama BOIL juga tersenarai dalam poster gig diatas. Ini sudah tentu satu persembahan yang memukau para pengunjung yang bakal hadir. Seperti kita sedia maklum, BOIL tidak pernah menghampakan sesiapa yang berada di hadapan pentas mereka.

BOIL (Beyond Our Imagined Lives)

Pastinya kali ini, BOIL,Sludgy serta band lain akan menjanjikan satu persembahan yang bertenaga serta mampu menjalinkan hubungan sesama menerusi program muzik seperti ini.

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial