Sofa Biru yang berharga Rm18 sahaja

Baru baru ini sebuah kumpulan yang berteraskan muzik alternativ rock iaitu DISH telah pun berkongsikan lagu mereka dengan kami.Lagu tersebut berjudul Tanah Tumpah Darah yang mana ada dimuatkan dalam album mereka yang sedang dipasarkan sekitar KL.

Band ini dahulunya membawakan nama Andelina’s Disease sekitar tahun 2003.Akan tetapi,telah diubah namanya kepada DISH pada tahun 2008.Kalau dilihat melalui page mereka kat FB iaitu DISH,mereka selalu mengadakan persembahan yang dianjurkan oleh organiser sekitar area mereka.Dan ada juga organiser luar menjemput mereka perfom dalam gigs tersebut.Ini menandakan bahawa,band ini tidak akan menghampakan crowd yang bakal hadir untuk menyaksikan mana mana gigs yang dianjurkan sekiranya mereka tersenarai dalam show tersebut.Semestinya persembahan ALL OUT akan dihidangkan untuk santapan penontong mereka

Berikut adalah senarai show yang pernah mereka sertai sejak mula penubuhan band ini:-

  1. 25/10/2008 – Last minute plan @One cafe KL
  2. 17/1/2009 – All about local scene @One cafe KL
  3. 15/11/2008 – Hype Part 1 @One cafe, KL
  4. 9/11/2008 – Noisy Sound Fest 9@ Ct Plaza, JB
  5. 7/2/2009 – Grunge Psycho Attack @ Melaka
  6. 9/5/2009 – Segamat On Stage @ Segamat Johor
  7. 30/5/2009 – Hype Vol2 @one cafe KL
  8. 20/6/2009 – Tribute Nirvana 20/6/2009@one cafe
  9. 13/6/2009 – Sakit Kepala Fest @ MCPA KL
  10. 28/6/2009 – Its A Gig Dude @ mcpa KL
  11. 1/8/2009 – Bootleg Showcase @ iz studio KL
  12. 24/10/2009 – Speaker Vol 2 @ Muar johor
  13. 17/10/2009 – Recharge-Celcom Tour @ipoh
  14. 14/11/2009@ – Youngster laman budaya shah alam
  15. 23/12/2009 – Music For Youth(selangor ria) @ Stadium Shah Alam
  16. 6/3/2010 – Youth Day Out @ Melaka mall
  17. 20/3/2010 – Indication Of Indiependent @ Sound Maker Penang
  18. 21/3/2010 – Tribute To Nirnava @ One Cafe
  19. 1/5/2010 – Music And Art Event @ Muzium Telekom KL
  20. 25/7/2010 – Homegrown 8tv @ Damansara KL
  21. 30/10/2010 – Rockomania festival#4 @mk club melaka
  22. 13/11/2010 – Rock Star Convention @ Once Cafe KL
  23. 28/11/2010 – Rockopedia @ Annex Galery KL
  24. 2/7/2011 – Musickalista  @ Annex Gallery KL
  25. 17/3/201 – Art Of Noise 2 @ City Plaza Johor
  26. 12/5/2012 – Trought The Unity @ Rumah Api Ampang KL
  27. 23/6/2012 – Voice Of Youth @ Dewan Ceylonese Seremban
  28. 1july2012 – Tribute To Silverchair @ Annex KL
  29. 8/7/2012 – Strive Against Strife @ Annex Gallery KL
  30. 15/7/2012 – Horther Music Festival @ Botanic Garden Penang
  31. 6/9/2012 – Live&Loud @ Laundry Bar

Haa,amacam bleh  tahan kan.Itu baru live show mereka.Dalam masa yang sama jugak,mereka tidak lepas dari menghasilkan stuff sendiri yang mana DEMO serta EP pernah menjadi menu untuk peminat peminat mereka diluar sana.Dimana lagu lagu ini dijual dengan harga yang berpatutan serta amat berbaloi memiliknya dalam mana memberi support kepada kumpulan ini untuk terus maju dan menghasilkan lagu yang lebih bermutu.Antara koleksi lagu lagu ciptaan mereka adalah…

ANDELINA’S DISEASE (2003) 

single released 

1.Epilogue 
2.Madeline Rain 
3.The Afterwards 
4.To Celia 
5.Unending Whispers
DOUBLE FREQUENCY (2004) 
track list 
1.Everyday 
2.A Letter To End

HOMEY PROMO EP (2008) 
1.Mendongak Ke Langit 
2.Hey! Mid 90’s 
3.Kencana Dewi 
4.Eggs 
5.Everyday 
6.Late No Rules 
7.Sofa Biru 
8.Five Days Eating Shit 
9.Wasted 
10.Kawan & Rakan

FATHULISTIWA PELAN B (2009) 
Sofa Biru

EXPOSE ‘Volume 1’ (2009) 
Kencana Dewi

DEKLAMASI (2012)
Track List
1) Penglipur lara
2) Durja
3) Singgha sana
4) Kita Melayu
5) Menurut Perintah
6) Astakoa
7) Sofa Biru
8) Tanah Tumpah Darah
9) Sang Animo
10) Tawan Menawan

Perghh,ternyata mereka memang sebuah kumpulan yang boleh dijadikan contoh pada band band baru sekarang ini kerana semangat berkarya dan semangat juang dalam perjalanan seni mereka tetap utuh.Walaupun dizaman download yang tak mungkin dapat dibendung,mereka tetap menghasilkan lagu lagu yang menepati citarasa peminat mereka serta warga belia sekarang ini.

Sila dapatkan album mereka untuk dijadikan koleksi peribadi anda.Secara jujurnya pihak Onlinefm tertarik dengan lagu SOFA BIRU dari band ini.Rasa dah macam cinta pandang pertama.Oleh itu,meh la kita check it out lagu tu kat bawah ni..

p/s
Tak rugi beli SOFA BIRU yang berharga rm18 ni kan..:)