SOG PUJI CROWD SANDAKAN NOISE FEST SEMALAM

HAPPY CASTLE yang terletak di bandar Indah Jaya telah pun menerima kunjungan band band lokal serta band jemputan dari semenanjung Malaysia iaitu Sekumpulan Orang Gila (SOG) semalam. SANDAKAN NOISE FEST 2018 telah melabuhkan tirainya dengan penuh cerita manis dan pengalaman.

MARKAZ 69

Difahamkan crowd didalam gig ini mencecah 150 orang. Memang ramai dan tidak dinafikan, ada yang datang dari luar daerah Sandakan. Semata mata untuk menyaksikan band fav mereka beraksi di pentas gig ini. Acara bermula sekitar jam 2petang dan selesai pada jam 12 tengahmalam.

Menurut sumber, ini merupakan sejarah bila mana kepelbagaian genra muzik dapat disatukan di atas satu pentas yang sama. dari Indie Rock, Reggea, Oi, Ska, Grunge hingga ke hardcore. Semua dapat di satukan tanpa ada sebarang masalah dan perkara yang tidak diingini berlaku.

Persembahan daripada band headline iaitu SOG antara yang di nanti nanti oleh para pengunjung. Dimana mereka antara yang bertuah bila mana ALBUM terbaru SOG dijual di daerah Sandakan buat pertama kalinya.Satu penghormatan bagi suppoter Sandakan serta pengunjung yang hadir. Malah SOG sendiri menyatakan crowd Sabah memang terbaik setakat ini. Ini kerana hanya di Borneo sahaja yang mampu dan masih boleh anjurkan gig bercampur genra. Malah semua band yang main pun support each others, Disemenanjung memang sukar nak dapat crowd & gig yang bercampur seperti ini.

Tahniah diucapkan kepada THE LEGACY MOVEMENT dan SANDAKAN UNDERGROUND atas penganjuran gig SANDAKAN NOISE FESTIVAL 2018 ini. Ternyata anda mampu menghidupkan arena muzik bawahtanah dengan baik sekali. Diharap usaha ini akan berterusan dan mampu mengangkat lokal band lebih tinggi dan dihargai.

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial