SOLO GITAR LAGU RELAU JIWA DIMAIN OLEH ADIK AZRY SENDIRI

Azry sebelum ini sudah dikenali sebagai pemain gitar cilik yang cukup berbakat. Apatah lagi video covernya pernah di komen oleh gitars kumpulan Metallica. Kini Azry Sabri menceburi bidang baru iaitu nyanyian. RELAU JIWA, itulah judul single pertama AZRY yang sudah berada di platform digital
sejak awal bulan September. Lagu ini dapat sentuhan komposer yang sudah tidak asing lagi di Sabah iaitu saudara Wan Khatulistiwa. Dengan gandingan beberapa nama besar dalam penulisan lagu antaranya saudara Henri G dan saudara Jasni Yaakub. Kami difahamkan solo gitar didalam lagu ini dimainkan sendiri oleh adik AZRY SABRI. Semoga terhibur..