Soundblazer
Soundblazer merupakan sebuah kumpulan rock berasal dari Kota Kinabalu, Sabah di bawah naungan studio Soundblazer Music Production bertempat di Donggongon Square, Penampang. Setiap ahli dalam kumpulan ini mempunyai pengalaman masing-masing dalam bidang muzik lebih dari 10 tahun baik dari bermuzik untuk majlis perkahwinan, keramaian, majlis tahunan syarikat-syarikat korporat (swasta/kerajaan), hotel, pub, club, etc. di hampir seluruh Sabah & Wilayah Persekutuan Labuan. Namun, nama ‘Soundblazer’ tidak diletakkan untuk majlis-majlis tersebut sebaliknya menggunakan macam-macam nama sebelum ini.
Nama Soundblazer secara rasminya digunakan untuk tujuan konsert, gig, event, penerbitan demo, single atau album seperti yang terbukti sekarang serta untuk tujuan acara yang bersesuaian sealiran atau setaraf dengan kumpulan pemuzik indie atau artis yang lain di seluruh Malaysia atau antarabangsa.
Matlamat utama Soundblazer adalah untuk bersama-sama menaiktaraf mutu muzik & menyokong perkembangan pemuzik atau artis tempatan kita. Seperti moto seorang pujangga iaitu “Kalau Bukan Kita, Siapa Lagi?”.
Untuk maklumat lanjut,anda boleh mengunjungi page mereka di facebook iaitu http://www.facebook.com/soundblazer