Split DEMO

Art Of Arje telah berjaya membuatkan kami berasa kagum dengan susunan muzik pada setiap satu lagu mereka terutamanya lagu Waitin’ For a Lucky Day. Anak-anak muda yang mencintai industri ini berasal dari Sabah dan mereka adalah Mie, Jorge,Dill dan Vitko.

Mereka pernah mengeluarkan album Demo bersama KOPIKAMILO pada tahun 2012 dan telah mencipta beberapa buah lagu seperti Wait’n for lucky day, She makes Money, Alam Maya, Instrumensi dan banyak lagi. Lagu-lagu mereka pernah menduduki carta di stesen radio ERA KK.

Pada tahun ini Art of Arje sekali lagi akan mengeluarkan beberapa single untuk dipertaruhkan di medan Indie. Lawatlah page mereka di https://www.facebook.com/artofarje