Stubborn di KK

Tak sangka yang ini dah VOL 2 dan satu sahaja perkataan yang boleh di katakan untuk penganjur adalah “MANTAP”….
Mungkin agak lewat sket crew onlinefm hadir ke gigs ini tapi,ianya tak menjadi maslah dan alhamdulillah suasana sekitar lokasi gigs memang dipenuhi oleh penyokong muzik indiependent.Seperti biasa,tiket door sale seperti yang kita ketahui sejumlah rm25,tetapi ini tidak mejadi masalah pada yang on the spot membelinya.Dan dengar cerita,hampi hampir sold out juga ah…perghhh,

Lihat saja sambutan yang diberikan oeh crowd yang terdiri dari mereka yang minat akan muzik yang berteraskan punk,rock & roll, dan banyak lagi.

Lihat saja stuff yang di bawa dari semenanjung yang mana harga yang ditawarkan memang berpatutan.Tang CD tu yang menarik perhatian kami dimana terdapat lebih 5 buah DEMO,SINGLE dan EP dari band band undergrond disediakan utk pengunjung untuk dijadikan koleksi.kami gak beli 4 buah CD woo..:)

Ini adalah pemandangan pintu masuk venew dimana tak pernah kosong dan sentiasa ada sahaja pengunjung yang memenuhi ruang dalamnya.Ini antara port yang paling selesa untuk berborak dengan band member dan mengambil gambar suasana dalam gigs.

Kelihatan tawar menawar sedang berlaku antara pembeli dan penjual stuff RARE.Stuff semua ini disediakan oleh penganjur serta member member yang ingin berkongsikan hasil karya mereka.Selain CD terdapat beberapa barangan lain yang di jual.Antaranya sticker,kasut,baju T,cap dan banyak lagi…
Salah sorang ahli kumpulan Stubborn turut serta menjual barangan dari mereka.Nak cari duet lebih sket kot dan rasanya ramai gak yang beli CD & Baju dari mereka woo.

Last bloodline clothing tidak ketinggalan menjual rekaan terbaru dari mereka.Mereka sering kali terlibat dalam acara acara gigs sebegini rupa dimana pada waktu begini,baju rekaan mereka akan dapat di pamerkan kepada pengunjung yang mana terdiri dari belia belia berjiwa INDIEPENDENT

Stubborn  adalah band jemputan dan special apperiance bada gigs kali ini.Mereka diterbangkan khas dari Kajang semata mata untuk memuaskan hati pengemar muzik punk dan juga peminat mereka sekitar Kota Kinabalu ini.Ternyata sambutan nya amat menggalakkan dan hubungan antara band ini dengan penganjur memang erat dan ini sudah pasti akan menampakkan satu aktiviti sihat dimana konsep kunjung mengunjung antara band Semenanjung dan band Sabah tetap akan erat dan kekal sampai bila bila

Sekian kalinya jutaan terima kasih kepada penganjur gigs ini kerana memberikan kerjasama dan full support pada pihak kami untuk mengambil bahan dan turut sama memeriahkan gigs ini.Biar pun tak lama,namun pengalaman ini menjadi satu titik permulaan kami selaku media radio internet tetap akan cuba membantu memperkenalkan lebih banyak lagu band band underground pada pendengar serta pengunjung weblog kami