SUDAH DENGAR LAGU SINGLE WAN KIBOT?


… sepatutnya instrumental ini sudah keluar bulan lalu lagi.. tapi memandangkan ada masalah yg nda dpt di elakkan, jadi terpaksa di tangguhkan.. TAPI… insyaAllah dalam bulan september ni akan keluar..ekeke… jadi sy kasi testing2 dulu sikit2.. ekeke… kalau sudi silakan SHARE..
Itulah kenyataan yang telah dimuat naik oleh seorang pemain keboard terhebat di Sabah iaitu WAN KIBOT. Dalam diam dia telah menyiapkan sebuah lagu ciptaan sendiri berkonsepkan “instrumental”. Kami difahamkan bahawa beliau sedang mencari seorang pemain drum yang boleh dijadikan “sessionist” untuk projek instrumental sulung ini.
Siapakah pemain drum yang bertuah dapat bergandingan dalam projek sulung WAN KIBOT ini? sama sama kita tunggu dan lihat nanti.