SUDAH TIBA MASANYA PEMUZIK DI BAWAH BAYU MELEBARKAN SAYAP
Dilema yang tidak terlihat, apatah lagi didengar. Mereka perlukan pentas melepaskan bakat dan seni. Karya-karya yang dihasilkan bukannya tidak berkualiti malah pemuzik di Bawah Bayu menghasilkah karya-karya yang boleh diangkat di peringkat antarabangsa namun peluang sentiasa tipis dan malap.
Sebagai gerakan bebas yang berakar umbi ingin memartabatkan karya-karya lokal di Sabah khusunya, Onlinefm tidak pernah berputus asa dalam mencari peluang dan jalan untuk diberikan kepada band-band Sabah malah memberikan peluang kepada band-band dari luar.
Kini, peluang terhidang kepada seluruh band di Sabah untuk membuktikan kepada dunia luar bahawa Sabah mempunyai pemuzik yang setanding dengan band di luar sana. Melalui Projek mega Onlinefm, Indonesia Tour 2017 merupakan percaturan besar dan menelan kos yang tinggi semuanya kerana perjuangan Onlinefm sendiri iaitu ingin memberikan sokongan dan dorongan kepada band-band Sabah.
Penulis sangat berbesar hati ingin berkongsi objektif atau motif projek mega Indonesia Tour 2017 kepada umum. Ini adalah sebahagiannya..
o Memperkenalkan/promosi band kepada penulis, pemuzik, media dan masyarakat luar
o Memberikan peluang kepada band tempatan untuk membuat persembahan di luar Negara
o Melihat sejauh mana tahap atau kualiti yang dimiliki oleh band-band tempatan Sabah
o Memperluaskan pengaruh muzik yang dihasilkan oleh band-band tempatan Sabah
o Meningkatkan ‘rating’ band-band tempatan
o Mempengaruhi band-band tempatan agar lebih produktif, berkualiti dan mampu bersaing
o Membuka peluang kepada penaja-penaja, produksi dan pencari bakat untuk melihat band-band yang terdapat di Sabah khususnya
Ianya mungkin kedengaran santai dan bersahaja tetapi harapan Onlinefm sebenarnya lebih tinggi daripada apa yang penulis dapat coretkan.
Onlinefm peka dan faham dengan situasi atau keadaan setelah bersama-sama dengan pemuzik-pemuzik underground dan universal sejak 6 tahun yang lalu, malah jika diimbau kembali Onlinefm berusaha sebaik mungkin untuk memberikan peluang kepada band-band Sabahan untuk beraksi di atas pentas. Mujur wujud individu-individu yang banyak melihat perjalanan Onlinefm dan band-band Sabahan itu sendiri dan memberikan idea dan berkongsi pendapat dalam kelangsungan pergerakan ini.
Tidak dinafikan band-band yang ada di Sabah menghasilkan karya cukup matang dan berkualiti namun akur dengan birokrasi industri yang seolah-olah memandang sebelah mata.
Dengan perancangan yang teliti dan teratur, Onlinefm memberikan 200% tenaga dalam merealisasikan projek mega ini. Crew-crew yang terlibat mempunyai pelbagai latar belakang dan menjadi tunggak jatuh dan bangun Onlinefm sebelum ini. Berkongsi idea dan kata hati yang sama, penulis dapat simpulkan bahawa semuanya kerana ingin melihat sesebuah kumpulan pemuzik di Sabah mampu berada di pentas yang boleh dibanggakan. Ianya sangat mudah untuk difahami, ianya kerana ingin menyokong dan mendorong.
Jiwa-jiwa pemuzik yang mungkin melihat dan membaca coretan ini mungkin lebih faham dan dapat mencerna setiap bait-bait harapan yang tinggi daripada Onlinefm. Mungkin lebih sedap didengar sekiranya penulis mengatakan bahawa kami ingin melihat pemuzik-pemuzik di Sabah mempunyai identiti tersendiri dan mampu menjadikan muzik sebagai kerjaya.
Penulis juga ingin berkongsi info berkaitan Indonesia Tour 2017.
Pendaftaran sudah pun bermula pada 25 Mei lalu dan akan tamat pada 25 Jun. Yuran adalah Percuma. Syarat utama adalah sesbuah band perlu menghantar EP/Album berserta profile band dan profile setiap pemuzik dalam band serta gambar berukuran ‘passport’.
Ep/Album kemudiannya dinilai dan ditapis oleh juri yang berada di Kuala Lumpur. Juri yang terlibat adalah individu yang berkelayakan dan mempunyai latarbelakang yang sememangnya sesuai dengan kehendak Onlinefm. Setelah dinilai dan ditapis, senarai band akan dikeluarkan untuk melalui penapisan akhir iaitu melalui persembahan live di Kota Kinabalu. Lima buah band yang layak akan menyertai Indonesia Tour 2017.
Penulis mewakili crew mengharapkan agar pemuzik atau band yang ada di Sabah tidak mensia-siakan peluang yang besar ini. Buktikan Sabah mempunyai bakat dan karya seni yang boleh bersaing di peringkat lebih tinggi.
Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui nombor individu yang tertera dalam poster rasmi kami.
Ikuti setiap perkembangan kami melalui laman sosial kami.
Facebook/onlinefm