SUDAH TRY LEPAK DISINI? BOLEH JUMPA LYN & THE BOY’Z
Cuba lihat muka muka dalam gambar diatas? Pasti anda kenal akan kesemua mereka mereka ini kan? Apa lagi wanita berhijab tu dan jejaka yang berambut panjang tu. Mereka ni antara anak anak seni yang begitu cinta dan sayang pada muzik. Boleh di katakan, darah yang mengalir di tubuh badan mereka membawa sejenis arus yang cenderung kepada aurs muzik. Apa yang menariknya mengenai mereka semua ini, MUZIK adalah aktiviti di masa lapang mereka. Malah ada diantara mereka ini mempunyai perniagaan sendiri dan alhamdulillah pendapatan yang mampu menyara keluarga. Namun, mereka tetap ingin menghiburkan orang awam yang ingin lepak santai sambil habiskan masa terluang di A SQUARE KOTA KINABALU
Cuba lihat gambar ni, best kan lepak sini. Suasana yang chill dan di temani angin angin malam dan ungas ungas kecil yang tidak dapat di lihat dengan mata kasar. Kini port ini menjadi pilihan anak anak muda serta family hang out. Terletak bersebelahan hotel bertaraf 5 bintang serta medan selera yang dikenali ramai. A SUARE KOTA KINABALU kini semakin havoc bila mana LYN & THE BOY’Z tampil membuat persembahan secara akustik. Persembahan mereka seawal jam 8mlm hingga jam 12 tghmlm. Mereka tampil dengan lagu lagu seleksi yang menjadi hits di corong corong radio setiap hari. Bukan itu sahaja, para pengunjung juga boleh meminta lagu lagu fav anda untuk di persembahkan oleh LYN & THE BOY’Z.
Jangan lupa follow fb page LYN & THE BOY’S ini untuk mengetahui slot persembahan mereka setiap minggu… https://www.facebook.com/LyneTheBoyzBusker/.
Sama samalah kita memberikan full support pada mereka ini agar terus menghiburkan mereka mereka yang perlukan hiburan santai. Serta jangan lupa datang ke A SQUARE KK ini dan ajak geng geng kamu yang lain.