Summernine
Band ini ditubuhkan pada akhir tahun 2001,yang mana,ahli band terawal adalah,Rino(vokal),eRoy(gitar),Pat(bass)dan Sam Nizam(drum). Namun selepas beberapa bulan bersama, Rino dan Pat menarik diri. Diganti oleh Ingge(vokal) dan Malik(bass).Tidak berapa lama, Malik menarik diri dan diganti oleh Nai. Mhai Stereo adalah vokalis Summernine sejak dari sebelum pemergian Arwah eRoy.
Demi untuk meneruskan niat perjuangan eRoy, atas perbincangan bersama Sam, Mhai Stereo & Nai, SUMMERNINE KEMBALI! line up? nantikan…
EP pertama Summernine(Dalam tangis mu) rilis pada 2 Ogos 2008. Muzik summernine bukan la muzik yang baru, konsepnya sama seperti band-band yang ada sekarang, cuma berbeza dari segi penyampaian dan lebih kepada era alternatif rock, lebih mudah jika muzik summernine ditafsir oleh pendengar sendiri.
Insyallah, EP seterusnya masih dalam perbincangan kerana terdapat idea-idea baru yang akan digabungkan bersama-sama lagu eRoy Summernine yang masih belum diriliskan… TUNGGU..
Terima kasih buat kawan-kawan yang masih menyokong muzik kita, terus dan teruskan menyokong muzik kita! Terima kasih on9fm
Terima kasih buat anda semua!
P/S: eRoy (Jun 1982 – Nov 2009) … Al-Fatihah