Sungkai Ala Thai & Santai bersama OnlineFM

Alhamdulillah,sedar tak sedar kita dah nak sampai ke penghujung bulan Ramadan sudah.Disamping mengerjakan amal ibadat serta tugasan seharian,masa yang berlalu terlalu pantas.Terasa macam ada yang kurang sekiranya pihak onlinefm tak buat sessi berbuka puasa secara beramai ramai kan..

Seperti mana mana komuniti,persatuan,mahupun pejabat pejabat yang meraikan majlis,Pihak onlinefm ada juga menerina pertanyaan dari suppoter akan penganjuran majlis berbuka puasa ini.Bukannya tak nak buat,cuma masa yang agak membataskan segala perjalanan bagi mengadakannya.Akan tetapi,untuk tidak menghampakan member member,ianya tetap diadakan sepertimana yang tertera di flyers diatas

Majlis ini dibuat secara kecil kecilan sahaja dimana sesiapa pun boleh menyertainya.Yang pasti,kehadiran crew serta penyampai penyampai onlinefm tetap ada dimajlis ini.Kepada pemuzik,penyanyi mahupun yang berkumpulan dan persatuan belia yang berada disekitar K.Kinabalu ,sekiranya anda ingin menyertainya,bak kata pepatah,kecik tapak tangan “restoran SALA THAI” kami sediakan.Datang sahaja lebih awal bagi mendapatkan tempat supaya tidak ada masalah di waktu berbuka nanti.

Majlis ini juga berkonsepkan SELF SERVIS dan insyallah, kehadiran anda semua sudah tentu dapat mengeratkan ikatan ukwah antara kita tidak kira bangsa, agama mahupun minat muzik masing masing.

Insyallah,kita akan jumpa disana…