Support local vacation

Adakah anda tengah merancang untuk bercuti? Kalau jawapanya ya…tak perlu peningkan kepala..atau mungkin anda belum pernah menaiki Keretapi…..Mari bersama kami Onlinefm bercuti sambil berhibur di dalam Keretapi….
Program BERHIBUR sambil Bercuti Di Dalam KERETAPI, merupakan program kedua yang akan anjurkan oleh Onlinefm seperti dalam Kalender Onlinefm bagi Tahun 2012. Alhamdullilah dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi dengan izinNya sebagaimana kejayaan Onlinefm menganjurkan Program Akustik Merdeka Aidilfitri, maka adalah diharapkan agar program yang kedua ini akan lebih berjaya lagi.
Distinasi yang telah dipilih adalah Kota Kinabalu – Beaufort – Kota Kinabalu dan kalau tidak ada halangan program ini bakal dilaksanakan dalam bulan November 2012. Walau bagaimanapun pihak Onlinefm belum dapat menetapkan tarikh sebenar program ini hendak dilaksanakan kerana ianya tertakluk kepada sambutan daripada anda semua.

Penyertaan adalah terbuka kepada semua pendengar Onlinefm dan keluarga mereka, walau bagaimanapun, adalah dimaklumkan bahawa penyertaan ini hanya terhad kepada 100 orang sahaja. Sekiranya anda berminat untuk menyertai program ini silalah berhubung terus dengan pihak onlinefm bagi tujuan tempahan dan untuk memudahkan proses pendaftaran penyertaan.

Di antara pengisian program yang telah dirancang adalah di mana pihak Onlinefm telah menjemput atau membuka SLOT kepada beberapa buah Band untuk membuat persembahan BUSKING sepanjang perjalanan menuju ke distinasi.

Harapan kami selaku penganjur agar program ini dapat dilaksanakan mengikut kalender Onlinefm yang telah ditetapkan. Marilah sertai kami untuk menjayakan program ini, selain bermain muzik,kita dapat menikmati keindahan pekan pekan kecil yang mana menjadi persinggahan perjalanan keterapi negeri Sabah setiap hari.Mendaftarlah dengan segara kerana penyertaan hanya kepada 100 orang terawal sahaja.Bila lagi nak merasai naik keretapi kan.

p/s
Nantikan maklumat lanjut dari kami