PERGINYA SEORANG LAGENDA POP YEH YEH

Allahyarham Datuk A Rahman Hassan (vokalis kumpulan Orkes Nirwana)

Kita kehilangan lagi seorang lagenda 60an yang popular dengan lagu TAK MENGAPA. Dimana nama Orkes Nirwana memang tidak asing lagi di corong corong radio awal 60an hingga kehari ini.

Penyanyi era 1960-an, Datuk A Rahman Hassan, 73, meninggal dunia di Hospital Ampang (HA), dekat sini, jam 12.40 tengah malam tadi, akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan lemah jantung.

Jenazah beliau akan di kebumikan selepas solat zohor tengahari ini nanti. Sama samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham. Semoga ronya di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman.

Sumber:- https://www.bharian.com.my