BELIA RANAU YANG DULUNYA HANYA JURUGAMBAR PERKAHWINAN, KINI BERGELAR PENGARAH FILEM

Setiap tahun pada bulan Mei akan berlangsung sambutan yang cukup meriah di Sabah iaitu PESTA KAAMATAN. Sepanjang bulan tersebut, pelbagai aktiviti telah dirancang dan disusun dengan rapi. Bukan setakat satu tempat, malah kesemua daerah di sabah membuat persediaan yang hebat.

Berlainan sedikit pada tahun ini, salah sebuah pusat membeli belah terbesar di Kota kinabalu telah menganjurkan sebuah pertandingan VIDEO PENDEK bersempena sambutan KAAMATAN ini. Apa yang menarik perhatian adalah kemunculan sekumpulan anak muda yang berasal dari Ranau yang merupakan salah sebuah peserta dalam pertandingan yang menawarkan hadiah wang tunai RM15,000 kepada pemenang.

Mereka antara peserta yang menjadi tumpuan dalam beberapa hari ini.. Bila mana sekumpulan anak anak muda yang berasal dari Ranau ini telah menghasilkan sebuah video pendek yang cukup menyentuh perasaan. ADMIN tak nak cerita panjang, sebaiknya anda lihat dan anda nilai sendiri intipati dalam filem pendek ini

Biasanya kita hanya lihat iklan sedih diwaktu musim perayaan sahaja, tetapi kali ini tidak. Pengarah membawa kita kesatu pengalaman yang amat bermakna bagi mereka yang meraihkan sambutan PESTA KAAMATAN khususnya di Sabah. Sentuhan kekeluargaan yang erat membuatkan ramai yang memberikan komen positif akan filem pendek ini.

ADEN (Pengarah)

Siapa sangka, anak muda yang mempunyai pengalaman sebagai jurugambar majlis perkahwinan ini mampu menghasilkan filem pendek sebegini rupa. Selain BRO ADEN, ada beberapa orang lagi yang terlibat dalam penghasilan filem ini.

Zeno (Penulis Skrip)

Antaranya TUVIN selaku vediografi manakala ZENO adalah penulis skrip. Bakat seperti inilah yang harus di ketengahkan dan disokong oleh nitizen. Mereka telah membuka ruang untuk anak muda Ranau (khususnya) lebih kreatif dan merebut peluang untuk memperlihatkan bakat mereka dalam apa juga bidang. Tahniah kepada anda semua.