Mereka adik-beradik kepada Warner Bros?

The Borneo Bros ditubuhkan pada 29 Oktober 2011. Band ini berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. Dimana penubuhan band ini bermula dengan aktiviti bermain muzik antara sesama mereka.


Idea penubuhan timbul setelah masing-masing dari mereka meluangkan masa jamming bersama. Line up band ini dianggotai oleh tiga anak muda. Dimana mereka ialah :
Ø  Yusri (1st Guitarist/vocalist/Founder)
Ø  Bobby (Bassist)
Ø  Pijan (Drummer)
The Borneo Bros memilih konsep muzik yang berasaskan Alternative Rock / Pop. Dimana mereka telah menyebut Riot In Asia, AmuseSix, Seventh Hatred Confession, Brain Damage, Paravel, Sperm Attack,  Pop Disaster, AYT Deejay Academy, Soul Beat, Cactus, Makhluk, Buzzing Joker, Kembara, Hokage-X, Cry For Freedom, Cresia, The Fingers, Alice Alive, Senandung, Misgive dan Hoping Regret sebagai sebahagian daripada pengaruh muzik kumpulan ini. Mereka juga amat menggemari band-band luar negara seperti Muse, Linkin Park, Avenged Sevenfold, Greenday, Blink 182, Sum41, Radiohead, Breaking Benjamin, Slip Knot, Korn, Weezer, The Beatles, Skrillex, Zedd, The Doors, Issues, Captain!No dan Captain Chunk.


Buat yang pertama kalinya mereka menyertai pertandingan B.O.T.B Rock-A-Fella musim yang pertama. Dimana ianya diadakan di Karamunsing pada tahun 2012 dengan membawa lagu Muse (Hysteria). Pada tahun yang sama juga, mereka telah mengikuti pertandingan KK Got Talent 2012, di Cowboy bar dan berjaya mara ke peringkat akhir sebagai finalis.


Baru-baru ini, mereka telah dijemput untuk menyertai pertandingan B.O.T.B sempena hari terbuka Angkatan Tentera Malaysia sungguhpun tidak berjaya untuk mara ke peringkat akhir. Mereka juga turut serta dalam B.O.T.B Rock-A-Fella musim yang kedua. Dimana mereka telah berjaya mara ke peringkat akhir dengan membawa lagu cover iaitu Pop Shuvit iaitu Marabahaya.

Perkembangan terbaru The Borneo Bros ialah mereka sedang dalam proses utk merekod dua lagu baru (belum ada tajuk). Segala jemputan majlis untuk membuat persembahan boleh hubungi yusri di nombor 013-5543461 / 010-9372830. Selain itu juga, anda boleh klik like di bandpage mereka di www.facebook.com/theborneobrossebagai tanda sokongan kepada band ini.