MUZIK MENYATUKAN MEREKA….

Jarak bukanlah satu garis pemisah bagi kelompok individu untuk tidak bersatu dengan yang lain.  Begitu jugalah dengan kumpulan ini yang dipisahkan oleh tiga buah negara, namun ianya tidak pernah mematahkan semangat mereka untuk terus berkolaborasi melalui muzik, malah muzik telah menyatukan mereka untuk mejadi satu kumpulan band yang jitu.

Band ini ditubuhkan pada tahun 2009, pada mulanya band ini dikenali dengan nama Stupidmunk yang telah diilhamkan oleh Arm Sahibul Amri.  Kemudian atas kesepakatan bersama nama band ini telah ditukar kepada Sillymunk iaitu pada awal tahun 2012.  Sillymunk terdiri daripada tiga orang anak muda iaitu Ejoi Zul Hanan selaku pemain gitar/vokalis, Arm Sahibul Amri selaku pemain bass dan Ipang@Rangga Khairul Bakti selaku pemain drum.  Manakala genre muzik pilihan mereka adalah Moden rock dan Punk.

Dalam mengharungi kehidupan ini tidak ada seorang pun individu yang boleh terlepas daripada menghadapi cabaran hidup, apa tah lagi jika ianya melibatkan kelompok individu.  Band ini juga tidak terlepas daripada menghadapi masalah, namun mereka memandang masalah itu dari segi yang positif.  Masalah utama mereka adalah kesukaran untuk sentiasa bersama-sama lineup yang lain kerana  Am berada di Malaysia, manakala Ipang berada di Indonesia dan Ejoi berada di Australia. Namun mereka tetap berpegang kepada prinsip bahawa setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya iaitu melalui kesepakatan dan tolak ansur dalam mebuat sesuatu keputusan. Band ini dalam proses untuk mengeluarkan EP pertama yang bertajuk WHATEVA SHIK yang mengandungi empat bua lagu dan diantarnya adalah “Tak Dapat Kau Rasakan” yang telah dikeluarkan pada hujung tahun 2012.
.  
Sekiranya anda ingin mengenali band ini dengan lebih dekat lagi, sila lawati laman sesawang mereka di https://www.facebook.com/Sillymunk dan jika anda ingin melihat persembahan mereka klik http://www.soundcloud.com/sillymunk dan mereka juga menerima jemputan untuk membuat persembahan dan untuk maksud tersebut sila berhubung terus dengan No. 0129596665. 
Pihak Onlinefm mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Sillymunk berkongsi lagu dan profile mereka.  Harapan kami semoga Sillymunk akan sentiasa suksess dalam semua bidang yang diceburi dan akan terus berkarya demi untuk memantapkan lagi industri muzik tanah air kita.