“DISEBABKAN AKTIVITI SEPERTI GIG YANG SLOW, SUPPORTER PERLAHAN-LAHAN BERPECAH DAN BERPUAK-PUAK”- ANGEL FALLS

Berorientasikan heavy melodic metalcore dengan riff yang berat Angel Falls beraksi baru-baru ini di stage gig yang dibawakan oleh The Legacy Movement bertempat di Farz Studio di Inanam Capital, antara pekan paling sibuk di Malaysia. Angel Falls yang bertapak di sebuah pulau kecil Labuan merupakan ilham dua sahabat yang mempunyi jiwa musik serupa yang secara rasminya mereka mulakan pada tahun 2007 dengan anggota asal Akmal (Voc/Guitar) Lionel (Drum), Villien Eddy Suffian (Bass) dan Mohd. Faizal (Bass).  Kini Angel Falls dibarisi oleh Akmal (Guitar), Lionel (Drum), Melvin (Guitar/Voc), Rull (Voc), Fahmi (Bass) dan Gaban (Guitar). Bend dan Kanong merupakan bekas pemain gitar kepada Angel Falls sekitar tahun 2010 sehingga 2012.


Lamb Of God, Killswitch Engage, Devildriver, As I Lay Dying, All That Remains, Slipknot, Bleeding Through, Sepultura, Soulfly, Machine Head adalah band infuence mereka.

Penulis sempat bertukar pandangan dengan ahli Angel Falls berkaitan dengan scene terutamanya di Labuan Island.

Lionel (Drummer) “Di Labuan boleh dikatakan scene hampir mati, ia boleh dilihat dengan ketandusan gig dan aktiviti yang melibatkan scene di sana. Apa yang boleh kita lakukan untuk scene terus survive di sana adalah dengan membuat lebih banyak gig atau event yang melibatkan band-band dan komuniti dalam scene. Disebabkan aktiviti seperti gig yang slow, supporter perlahan-lahan berpecah dan berpuak-puak.”

Rull (Vocal) “Dalam scene yang sangat kecil dan perlukan supporter, demi kelangsungan sesebuah komuniti perkataan ‘support each other’ perlu ada dalam jiwa setiap pendukung pemuzik dan scene.”

Fahmi (Bassist) “Sangat normal apabila kita melihat hanya muzik atau genre tertentu yang disokong bila berada dalam sebuah gig, kita tidak seharusnya memilih genre atau muzik untuk menyokong jika ingin melihat sesebuah scene itu berkembang.”

Akmal (Guitarist) “Walaupun sekian lama tidak berada di atas pentas gig, supporter masih loyal dengan bertanyakan perkembangan. Ia merupakan satu petanda positif kepada sesebuah band supaya terus berkarya dan menghasilkan stuff”.

Ini merupakan sebahagian daripada perkongsian penulis dengan line-up band Angel Falls baru-baru ini. Penulis juga sempat melayan kegarangan musik Angel Falls yang sememangnya menyengat jiwa apatah lagi jika mempunyai atau berkongsi aliran muzik yang sama dengan Angel Falls.
Secara keseluruahan bicara santai penulis di atas anak tangga bersama Angel Falls lebih kepada kelangsungan sesebuah scene, mereka juga mempunyai matlamat dan perancangan tersendiri tetapi sokongan dan dorongan penyokong atau penggerak scene bawah tanah sangat diperlukan. Angel Falls juga mengalu-alukan gig organizer dari Kota Kinabalu untuk bergiat aktif menganjurkan gig atau aktiviti di Pulau Labuan.

Angel Falls yang mengeluarkan single pada tahun 2011 sudah merancang untuk mengeluarkan EP yang mengandungi 6 track pada tahun hadapan. Angel Falls juga turut merancang meraikan 10th Anniversary Angel Falls pada tahun hadapan, harapan mereka adalah agar mampu menampilkan sesuatu yang menarik pada masa tersebut.

Support dan ikuti Angel Falls melalui page laman sosial mereka.
facebok.com/angelfalls