JAY JAY & ZUL DI PENTAS ROCKANOVA

Tak lama lagi, sebuah stesen TV yang terkemuka bakal menyiarkan 1 program rialiti TV berbentuk pertandingan nyanyian yang berkonsepkan genra lagu ROCK. Ujibakat telah pun berlangsung beberapa bulan lepas dan terdapat 10 peserta yang layak tersenarai dalam program tersebut.

Dalam ramai ramai peserta, terselit 2 orang penyanyi yang memang sudah tidak asing lagi dalam arena muzik bawahtahan sekitar Sabah. Penglibatan mereka ini dalam industri muzik memang agak lama, cuma kurang dapat perhatian dari meia media mainstream.

Orang yang dimaksudkan adalah JAY JAY, atau nama glamernya kini OZIL. Dan seorang lagi ZUL, atau nama glamernya kini PIJOE.

OZIL merupakan antara vokalis yang mempunyai tone suara yang unik dan powers. Bukan itu sahaja, mampu membuatkan penonton di hadapan stage melakukan HEAD BANGING. Bagi apa sahaja lagu yang bernada tinggi mahupun scream atau groll, pasti dia mampu melakukannya. Dia juga sering kali dapat jemputan mengisi kekosongan di mana mana buah band sekitar Sabah. Antaranya THE FINGERS dan WAN KIBOT & FRENDZ. Yang mana baru bulan lepas mereka membuat persembahan yang menarik hampir 1000 orang penonton di depan stage.

ZUL atau kini nama nya PIJOE juga merupakan seorang penyanyi kepada kumpulan yang ANUGERAH juga antara vokalis yang berbakat besar. Penglibatan dalam dunia hiburan memang agak lama dan sering kali turun naik Sabah ke kuala lumpur atas undangan membuat persembahan.
Tone suara POJIE yang mampu membuat cewek cewek cair ini bakal kedengaran di pentas program rialiti TV tidak lama lagi.

OZIL & PIJOE antara 2 orang penyanyi yang berasal dari Sabah ini mampu membuka lembaran baru dalam industri muzik tempatan. Dan diharap dengan penglibatan mereka berdua di pentas riatili TV ini dapat memberi semangat kepada penyanyi penyanyi baru yang sedang mencari peluang untuk di kenali.

Jangan sia siakan bakat anda dalam bidang yang anda minati. medium atau platfom untuk anda dikenali sudah cukup luas terbuka. Antaranya Youtube, sosial media serta Bazzar Muzik Fest. Semuanya bergantung pada diri sendiri sahaja. Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan.

GOOD LUCK kepada JJ dan ZUL di pentas program rialiti itu nanti.Pastinya pengalaman yang anda perolehi memang tidak ternilai. Boleh di kongsi kepada rakan rakan lain bila semuanya sudah selesai. Dan, kami juga sentiasa memberikan 100% sokongan kepada anda berdua.

p/s
Jay, kalau berani kasi pacak itu rambut bahhh..:P

KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI